Followers

Tuesday, 11 December 2012

Kenapa Tomato?

[le owner]

"Kenapa eh bro, kau choose tomato?"

Macam inilah, tomato itu sejenis buah. Buah. Antara buah yang banyak khasiat, antara buah yang cantik rupa luarnya. Antara buah yang tak masuk dalam senarai yang suka dimakan.

Aku dan tomato lebih kurang sama lah.

Bukan nak kata aku banyak beri faedah pada manusia. Bukan juga part yang cantik luarannya. Sebab itu bagi aku sangat biasa. Aku bukanlah manusia yang layak dipuja jika itu melibatkan soal fizikal.

Aku ni, manusia yang dibenci. Contohnya aku bagi contoh buah dululah. Dalam satu mangkuk berisi buah. Tomato macam jarang sangat diletakkan sekali. Kiranya macam kalau letak pun, orang tak berapa nak ambil. Sebab apa pun aku tak tahulah kenapa orang tak suka sangat dekat buah tomato sedangkan ia sangat banyak khasiat. Peh.

Kalau perasan, tomato sering digabungkan bersama sayur-sayuran bila nak makan. INI LAGI SATU SEBABNYA. Aku ibarat tomato lah. Dalam kalangan buah, aku tak disukai. Dipaksa masuk dalam kalangan sayur, juga jarang dipilih. Selalu dibiar sepi. Samalah macam aku, sama.

Okey bukan nak buat cerita minta simpati. Aku cuma... err saja-saja nak berkongsi alasan?

And then, aku sama juga macam tomato. Luaran nampak cantik, menarik perhatian kononnya. Dalaman? Lembik. Isi dalam tomato itukan lembik, walaupun luarnya lawa. Aku bukan nak mengaku aku ni good-looking sangatlah (kot). Tapi aku nak mengaku yang aku ni luar je nampak macam ni, dalaman aku, hati aku, jiwa aku, fikiran aku, lembik.

Lagipun, tomato ni unik. Inggeris pun sebut tomato, melayu pun guna tomato. Arab sajelah, panggil tomatim (rasanya).

Ini sajalah huraian pendek.



Nampak tak macam dah edit? Rasa macam entri tahun lepas terlalu kebudak-budakan. Hoho. Ksalam.

9 comments:

rain ilias said...

Salam Mato.
Walau ape pun awak rase (dibiarkan, tak disukai) awak kena selalu KUAT. Berdoalah selalu pada Allah. Mohon ditetapkan hati awak untuk terus berdakwah guna cara awak tersendiri. Perbaharui niat awak bila awak tersasar. Kita manusia biasa kan. Ha, bertuah sungguh awak mengenali Abang Naufal. :)
Semoga berjaya dunia & akhirat.Amin3.

aku-bukan-robot. said...

yang ni. sungguh lawak.
kan . kadang2 kita rasa tak disukai. tapi semoga Dia tetap pandang usaha yang sedikit. bidznillah.

Anonymous said...

err. -.-"..next entry.*garu2 kepala

alynfathanah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya suka makan tomato. Eh? hahhaha. Kuat lah. Allah hantar awak pada kami untuk bantu kami.

Anonymous said...

mat.. sudah la... xyah nak jadi lembik sangat.. kau mesti KUAT tau mat.. aku sentiasa ada dibelakang kau.. chewah!

fatin qurratuaini said...

tomato. ah pedulik! asalkan content entries kau tak lembik macam tumatu

Anonymous said...

Haha.. Diedit?? Sy pulak slalu padam apa yg sy tulis bila baca balik malu sendiri.. :3

Anonymous said...

Suka je tomato. Eh.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...