Matonism

Matonism

Wednesday, 15 July 2015

Mato Tulis

le owner

Ada banyak yang nak diceritakan.
Ada banyak yang nak aku kongsikan.
Ada banyak yang nak diluahkan.

Tapi aku dah tak mampu menulis.

Walaupun ada yang kata, "Kenapa Mato dah lain lepas buat comeback?"

Ini aku nak pinjam satu kata-kata.

"Don't call it a comeback, I never left."

Aku tak pernah tinggalkan sesiapa. Aku tak pernah tinggalkan apa-apa. Aku masih di sini, sama macam biasa.

Tak menjanjikan apa-apa.
Mungkin lepas ni jarang-jarang sangat untuk aku post entri baru. InsyaAllah, andai ditakdirkan kita bertemu, pastinya takkan ada satu pun yang mampu halang aturan Allah.

Andai kata ini yang terakhir yang kalian bakal baca dari aku di blog ni (walaupun aku harap sebaliknya), percayalah, dah banyak memori yang kita sama-sama bina dalam tempoh yang belum cecah lima tahun.

Ini medan aku berkongsi rasa.
Ini laman aku bercanda mesra.
Ini tempat aku rasa diterima.
Ini tempat kita saling bertukar cerita.
Ini ruangan kalian menjadi pendengar setia.

Hebatnya penangan cinta. Kalian buat aku jatuh cinta untuk bercerita. Harapnya aku juga buat kalian jatuh cinta untuk terus membaca.

Atas sebab-sebab peribadi yang tak boleh aku elakkan, buatkan aku terpaksa ambil jalan untuk tidak menulis buat beberapa ketika.

Maafkan juga sebab terpaksa delete semua entri lama-lama.


Di sini aku ingin kongsikan beberapa perkara.

Pertama, andai kata yang diimpi tu populariti, kejarlah. Kejar populariti bukan dari penduduk bumi. Sebabkan kita tak suka benda-benda cliche ni kan? Biar nama kita disebut-sebut malaikat, biar diri kita didoakan para malaikat. Itulah populariti yang jelas memuaskan!

Kedua, sebutlah insyaAllah ketika menyatakan sesuatu yang kita sendiri tak ada jaminan bahawa ia akan berlaku. Tak rugi pun kalau sebut, lagi untung ada lah. Okay? Okay.

Ketiga, elakkanlah dari membanding-bandingkan. Semua orang ada cara sendiri.


Moga bertemu hikmah dalam setiap bait tulisan yang aku coretkan.

Ini ada sikit promosi kalau rasa nak baca tulisan aku yang serba sederhana, bolehlah beli buku Esc. nanti. Di bawah ni, saya sertakan link untuk tahu lebih lanjut tentang Esc. 


Salam sayang,
Budak Tomato.

28 comments:

Nur Athirah said...

Selamat menjalani hidup tanpa menulis . Mato. Selamat hari raya kat malaysia

kusyi said...

:)

eikynsilent said...

Mato, aku tahu kau masih disitu.
Aku bukan nk puji, tpi aku hrap ko terus mnulis. Aku tau ko bukan kejar populariti.

Akashah Kassim said...

Buat buku pula

- Rafeed- said...

Nnti buku ni ada publish dkat mph tak?

Daniel Hakim said...

Ayt yg bagos
Lawat la blog sye hambayangberimam.blogspot.com

Daniel Hakim said...

Ayt yg bagos
Lawat la blog sye hambayangberimam.blogspot.com

aisy humaira said...

Salam 'alayk.

Selalu baca. Tak pernah komen. Tapi kali ni saya nak komen.

Tahu tak masa tahap kejahilan saya di tahap paling teruk suatu ketika dulu, dengan izin Allah, suprisingly, saya berniat mahu berubah, selepas diuji dengan ujian yang melimpah-limpah.

Masa tu, I've got no one except Allah, oh ya and of course my family. Masa tu ditakdirkan Allah, saya jumpa twitter Mato. Seriously, tulusly, saya cukup gembira dengan setiap kali Mato update something, kat blog, twitter and fb.

Ya. Ditakdirkan Allah, Mato adalah salah satu asbab untuk saya lebih kuat untuk berhadapan dengan ujian Allah. Alhamdulillah, happy sangat 'kenal' Mato, even hanya saya sahaja yang 'kenal' itupun hanya di dunia media sosial.

Lebih happy bila atlast Mato buat buku. MashaaAllah.

Okay taknak puji lebih-lebih, takut nanti jatuh pula.

Rabbuna yusahhil, Allahu musta'an. Moga Allah jaga.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Cause youre the best blogger la mato . Kipidap dongibab :')

Anonymous said...

Baru nk kenal mato.. Dah nak pergi.. Just bought your book Esc.. Be good mato.. I love your writings -motherof3-

Mayna™ said...

aku bukan siapa-siapa. cuma pembaca dari jauh je.
tapi terasa nak komen.

betul. coretan kau banyak ubah persepsi dan fikiran aku.

in case dah takde rezeki nak baca dah apa kau tulis,
aku nak ucap tenkiu.

aku banyak belajar dari kau.

moga Allah mudahkan urusan dunia akhirat kau, Mato.

buku kau aku habis dalam masa sehari. dan dah ber-pass pass orang pinjam. saje cite. muahaha.

okay.
jazakallah, Mato .

Mayna™ said...

aku bukan siapa-siapa. cuma pembaca dari jauh je.
tapi terasa nak komen.

betul. coretan kau banyak ubah persepsi dan fikiran aku.

in case dah takde rezeki nak baca dah apa kau tulis,
aku nak ucap tenkiu.

aku banyak belajar dari kau.

moga Allah mudahkan urusan dunia akhirat kau, Mato.

buku kau aku habis dalam masa sehari. dan dah ber-pass pass orang pinjam. saje cite. muahaha.

okay.
jazakallah, Mato .

Anonymous said...

Kenapa perlu berhenti......

aku sang potato said...

I still need to read back ur entry before...
I support u if this is ur decision but please dont be so long...sbb penulisan awk sentiasa ditunggu bro

siti zulaikha ismail said...
This comment has been removed by the author.
siti zulaikha ismail said...

Aku baru kenal kau. Baru sangat. Baca buku kau dalam masa sehari. Dan aku cuma nak cakap, yang kau dah inspired aku. Terima kasih adik mato/ abg mato? Haha

Takde rezeki nak baca penulisan kau yang dulu2. Kau cuma tinggalkan kami buku yang kau tulis dan 2 entri ni shj.

Aku jatuh cinta dengan penulisan kau.

Jazakallah brother.
Kami tggu penulisan kau lagi, in shaa Allah.

siti nur syukrina said...

buku yang ko bru terbitkan tu sgt best and ade beberapa part yg aq xfhm and ade yg tergantung citer die cth tajuk Chad ..tapi apepon aku suke baca buku ko sgt best 👍🏻👍🏻👍🏻

Aminah Ari Fadhila said...

Mato, saya dari Indonesia. Bisakah saya order buku Esc.? Terimakasih :)

sabrina rohizat said...

And once again chad story make me think.

sabrina rohizat said...

And once again chad story make me think.

Aneesa Chaa said...

raf, long time no see

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Awalan salam pembuka kalam

Yang muda tak sentiasa betul-bimbinglah kejalan yang diusul.
Yang berusia tak sentiasa membantah-membantu tak kira karenah.

Salam :) kerangka hidup
Singgah Jengah dan Terjah ke SelatMerah

Cappochime said...

Salam

Buku Esc best 👍👍
Dah habis baca buku tu dan sedikit sebanyak menginspirasikan pembaca. Semoga dapat teruskan menulis dan sebarkan kebaikan.

aku sang potato said...
This comment has been removed by the author.
aku sang potato said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ha . baru terjumpa blog kau

Anonymous said...

I’m so proud of you. I really do. I have been admiring you since the first day I read your words. Simple, yet related. Straightforward, but sometimes a little complicated. But I love that feeling. Reading through your words makes my day, since I was in high school. And no kidding, you were like my first total stranger-mutual blogger-crush ever that time. I was excited to read your new post, updates and sometimes waiting impatiently for you to update like a giddy girl. I was happy. Thank you for that. And I admit, I have a crush that developed into likes or maybe in love with you. No, don’t get me wrong. I am NOT a stalker nor desperate, I’m just a girl who started to like someone online just by reading a stranger post on a blog, like that is so weird. OMG, so cringey. Sorry. But I have to do this. You know, things get really weird for me at some point in my life. We, I mean, I share some strange coincidence with you before this. I thought that it was just a coincidence, but it happened too many times and I am shock. Like, I cant even explain it to you. Like, if something happened to me, it will happened to you. And if something happened to you, it will happened to me later. Be it the same day, or week. It sometimes involve with food, cat, family,music and feeling. Like you’ve just read my mind. I was beyond excited cause it’ like serendipity, I dont know. I know it is stupid, beyond stupid. Maybe abnormal. But it makes me fall hard for you. I was in awe and in love all this time. Up until now. I want to move forward in my life. You have been part of my life, unintentionally. You make me happy. And that’s it. I think I have to throw all my feelings for you, knowing that you are now happy with your life, with people you love surrounding you. I loved you before, but still I admire you. You are special, one of a kind. I hope you do well in your life and be happy with what you have. You once in my prayer and still am up until now. Everytime I remember you. Although I don’t know you in person, and never will, but I know you are a kind and loving person, fragile yet strong and brilliant. Heart of gold. Thank you for this journey and accompanying me through out these years. Till next time

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...