Matonism

Matonism

Saturday, 26 September 2015

Lari

[sini]

"Bagi aku satu situasi di mana kita takkan penat bila berlari."

"Bila kita dikejar dan kita taknak tertangkap."


///




Aku tarik nafas dalam-dalam, tapi sikit pun tak mampu nak melegakan bebanan yang menyesakkan. Teringat perbualan dengan sahabat rapat aku selain Qiden dan Foo tempoh hari.


"Aku penat." Lepas main basketball, aku duduk sekejap dengan Taufiq.

"Apesal? Pancit?" Taufiq pandang aku. "Aku tengok elok je tadi stamina kau."

Aku ketawa. "Ini bukan penat sebab stamina lari. Ini sebab, penat lari."

Tawa aku hambar semacam.


"Kau kenapa ni?"

"Entahlah..."

"Come on, kita bukannya baru kenal sehari."

"Kalau kita dah kenal lama, takkan lah kau masih tanya aku kenapa?"

Aku telan air liur. Taufiq hela nafas. Lama dia buang pandang ke tengah-tengah gelanggang basketball.

"Now, listen here." Taufiq genggam tangan aku.

"Apalah maknanya hidup tanpa ujian?"

Aku diam. Aku tak ada jawapan untuk tu.

"Aku tahu, kau memang takkan berhenti berlari. Tapi dengar ni, kau tak boleh selamanya macam ni. Kalau berlari ni cara kau, maka jangan berhenti."

"Aku dah takde hala tuju."

"Create lah satu."

"Aku nak lari pergi mana lagi?"

"Syurga."



///


Dari kata puji sampai caci maki semua aku terima dengan lapang dada. Dari komen berisi sampai tuduhan melulu semua sedaya upaya aku telan buat pedoman. Banyak dari yang pahit itu ubat, dan banyak dari yang manis itu membawa penyakit.

Tak layak dibanding dengan penulis berprofil tinggi. Tak layak diletak setaraf dengan pendakwah-pendakwah luar sana, penulis berjiwa remaja. Aku cuma aku, yang sama sekali cuma menulis untuk berkongsi, tak pernah terfikir akan memberi inspirasi, jauh sekali menulis untuk meraih populariti.

Takkan diguna nama dakwah untuk kejayaan dunia. Melainkan kejayaan itu adalah berjaya menyeru sebanyak-banyak manusia untuk mentauhidkan Allah.


Jadi jika ditanya apa keuntungan menulis Esc, tak ada jawapan melainkan keuntungan apa maksudmu? Keuntungan dunia atau keuntungan akhirat? Kerana jawapan bagi soalan itu cuma satu. Aku tak tahu. Allah saja yang tahu sama ada saham yang aku labur ini menguntungkan atau merugikan. Aku cuma berharap, ia akan menjadi apa-apa yang terbaik untuk aku, hati aku, keikhlasan aku dan kerendahan jiwa aku.


Mana terinspirasi untuk menulis? Macam yang kita semua tahu, satu kata-kata dari Lord Byron, "If I don't write to empty my mind, I go mad."

Dan seperti yang semua maklum, tak ada satu ilham yang datang tanpa izin Allah. Dan tak ada satu inspirasi yang hadir melainkan dengan izin Allah. Siapa pun yang menjadi tulang belakang, penguat dan juga pemberi inspirasi untuk aku teruskan menulis, biar itu menjadi rahsia antara aku dan Allah.

Aku tak ada benda sangat nak kongsi tentang Esc, sebab semuanya dah tertulis, kan?


Oh untuk soalan terakhir, kenapa banyak cerita tergantung?

Hei, selamat datang dan salam kenal. Memang cerita-cerita aku banyak bermula dari pertengahan dan berakhir juga di pertengahan. Sebab pengakhiran hidup ni, cuma Allah saja yang tahu.

///


"Mat please?"

"Ya?"

"Dalam Esc tu semua kisah benar ke?"

Senyum, dan pergi.


///


And yes, sedikit coretan tentang Esc ni aku tulis berdasarkan request beberapa orang, sebab diorang kata tak adil lah haritu minta Syiffa Rosman dan Afiq Sazlan untuk bedah buku bagi pihak aku.

Dan untuk yang dah janji haritu, mohon tunaikan janji anda. Sebab saya dah tunaikan janji saya. Saya tulis tentang Esc, dan anda akan join contest review yang Iman Publication anjurkan. Boleh rujuk facebook, instagram dan twitter mereka. Come on, ada dalam lebih kurang 24 jam lebih sikit je ni.

16 comments:

gimme kimchiii said...

Thumbs up 👍

Miza Idgihat said...

esc stand for what ? ^^"

Miza Idgihat said...

ok baru baca kat twitter. ianya sebuah buku.

NADHIRAH HARIS said...

Tidak perlu di tanya,tidak perlu berkerut kening.
Kerana ceritanya telah lama diagak bahawa ia kisah benar.
😌

Qi Javier said...

Tak perlu merendah diri.Awak memang hebat.Asal ada kemahuan disitu ada jalan.Insyaallah.

sayidah napisah said...

alaa dah delete ke entri lama? ada simpan tak? kalau ada boleh tak beri di email ni sayidahsuperb@ymail.com. thanks mato.

teruskan perjuangan :D

Nadihah Isa said...

Bole tahu medical school budak tomato kat mana... huhu... hebat karyanya...

Marieah Zahairi said...

Assalam Mato, haritu ana dah order buku Esc and payment dah buat pun. Tapi buku still tak dapat lagi, around dua bulan lepas. Sorry.

emmemarina mhd said...

adakah blog ini akan pupus? =)

u have great writing skill. superb!

salam ukhawah
http://panduanwanitabekerjadirumah.blogspot.my/2015/10/giveaway-duit-saku-dari-bbl.html

Anonymous said...

dulu aku always motivated myself by reading your blog . doakan aku kuat beb ����

Afiq Ainaa said...

Aq slalu gak la bce blog ni.. mmg best la.. trringin nk jumpa admin.. heheh

Anonymous said...

I don't know who are you. But I kinda love your writing. It's natural came from your heart. Continue motivating people who needs it. Thank you Mato.

Anonymous said...

sy masih xdpt bca buku esc lg :(
Rindu mahu bca entry mato yg dulu2..
Knapa delete?

Saudagar Sorga , kehkeh said...

aku tak tau nk ckp ape . speechless tau .. dan .... even aku dak jumpe kau kat Bumi , aku hope kau jd naqib aku kat Syurga nanti ... thumbs up !

Anonymous said...

Bro mato..teruskn perjuanganmu..msih ramai ummah yg kehausan dan ketandusan di luar termasuk diri ini kerna legend mana boleh putus asa ..bittaufiqwannajah��

Iffah Mawaddah said...

Buat kau, yang aku taktahu dan sering cari siapa. Aku nak berterima kasih

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...