Matonism

Matonism

Saturday, 23 January 2016

Aku Ingat Lagi Laaaahh

sini

"Qideeeeen!" Suasana hening subuh terganggu dengan jeritan suara Chad.

Qiden menoleh. Jari telunjuk diletak rapat ke bibir. "Diamlah wei."

"NAQIUDDIN WAFIYYY!!!" Lagi sekali Chad jerit nama Qiden. Qiden bengang, sweater ditanggalkan dari tubuh, dibalut muka Chad guna sweaternya.

"Tak paham ke aku kata senyap. Kau nak kejut semua orang ke?"

Irsyad ketawa. "Yelah, yelah. Lemas lah aku macam ni woi. Kalau wangi takpe jugak."

Qiden julingkan mata ke atas. "Aku bukan macam kau, tak reti basuh baju."


Perjalanan ke masjid terasa nyaman.

Selang seli mereka baca surah Taha.

Sampai ke ayat 29, Qiden baca.

"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Lengan kirinya memaut erat bahu Chad. Chad sambung ayat 30.

"Iaitu Harun saudaraku."

Terasa sebak menyulubungi suasana gelap pagi yang masih belum menampakkan sinaran cahaya matahari.

Qiden diam. Chad sambung lagi, ayat 31.

"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku."

"Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku."

"Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu."

Sampai ayat 34, Chad pandang Qiden.

"Qiden, kau Harun aku."


Qiden tertunduk bisu. Mengangguk tanpa bersuara. Impak Al Quran benar-benar menembus dada. Sungguh Al Quran itu sungguh luar biasa. Melembutkan hati yang keras. Mengubat hati yang luka. Merawat hati yang duka. Mengikat hati dua saudara.




Azan subuh berkumandang menembus angkasa. Menyeru manusia yang masih terbuai mimpi, masih diulit lena.

Mereka masuk ke perkarangan masjid. Kasut diletakkan di tepi. Dua pemuda berjubah itu masuk ke dalam masjid.




Selesai solat subuh dan bacaan mathurat, mereka berdua bergerak pulang, untuk bersiap sedia ke kelas.

Qiden berjubah coklat gelap. Chad berjubah kelabu cerah. Mereka berjalan seiringan.

"Chad, aku rasa aku tak dapat ke kelas kot pagi ni."

"Kenapa?"

Qiden senyum. "Ada panggilan lebih penting."

"Gediklah kau." Chad siku perut Qiden perlahan. Mereka ketawa.



Selepas selesai bersiap, jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Qiden ajak Chad pergi rooftop. Breakfast sama-sama, macam biasa.

"Jom lah ambil udara segar."

"Yelah, yelah. Kau ni perangai pelik semacam macam dah nak mati je." Chad membebel sambil kakinya menurut langkah Qiden ke rooftop rumah mereka.

Qiden senyum. Aku mimpi, kau yang mati.

Dia diam tak membalas kata-kata Chad. Sampai di rooftop, mereka makan shawarma yang masih panas yang dibeli sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.




"Weh cepatlah dah lewat!" Chad berlari. Qiden tarik lengan Chad, "Slowly lah."

Bukannya lewat sangat. Belum pukul 7:50 lagi. Baru pukul 7:45. Kelas pukul 8.

Qiden dah selamat lintas jalan. Chad yang tiba-tiba tercicir pen patah balik untuk kutip pennya yang terjatuh tadi. Belum sempat semua perkara berlaku, sebuah kereta laju memecut.

Masa ibarat terhenti, Qiden segera tarik baju Chad, membuatkan tubuh kurus Chad tercampak ke tepi. Tapi Qiden tak sempat mengelak. Kepalanya terhentak atas jalan, sebelum kedengaran satu dentuman kuat.

Berlumuran darah atas jalan. Pakaian Qiden basah, merah. Bibirnya bergerak-gerak mengucap sesuatu. Chad peluk tubuh Qiden, membuatkan bajunya turut berdarah. Seluruh tangannya juga berlumuran darah.

Chad rapatkan telinganya ke bibir Qiden.

"Waj 'alli waziirammin ahli."

"Haaruna akhi."

"Usydud bihiii azri."

"Wa asyrikhu fii amri."

"Kai nusabbihaka kasiira."

Bacaan surah taha pagi tadi diulang lagi. Dibacakan di telinga Chad. Sebelum dia melafazkan Laa ilaaha illallaah.

Dan hembusannya yang terakhir pergi bersama tiupan angin pagi Jumaat itu.

Meninggalkan Chad kesepian, belajar hidup bergantung sepenuhnya pada Tuhan.



///


Dan kisah itu tak pernah mati. Selagi aku masih bernafas, selagi itu akan aku imbas. Selagi itu akan aku ulang cerita. Selagi itu doa untukmu tak henti aku kirimkan. Selagi itu janji aku untuk menjadi Musamu aku teruskan.

Sungguh benar, ada cerita cinta yang tak terungkap. Betapa besarnya cinta Dia kepadamu sehingga kau dipanggil dulu. Dan sungguh besarnya cinta Dia padaku, memberi peluang untuk aku menyalur hadiah buatmu selalu.

Qiden, aku ingat lagi lah kisah cerita kita.

Tak pernah sesaat aku lupa.


Genap empat tahun kau pergi. Tenanglah kau di sana, bersama bait-bait doa aku hadiahkan.

Untunglah kau, dah dapat berehat dulu.



sini


23 comments:

Anonymous said...

I feel u..
Jzkk bro!
Allah bless u and qiden..

kusyi said...

Hm

Siti Fatimah Toms said...

Ya Allah... 😢

Atiqqah Mustapa said...

😭😭😭

Eimma said...

Sebak.

Unknown said...

😭

Unknown said...

😭

Ajlaa said...

Indah nya persahabatan :')

Ajlaa said...

Indah nya persahabatan :')

Anonymous said...

TT
Sebenarnya Chad sgt2 beruntung sbb Allah pilih,ada shbt mcm qiden..kalau kisah ni benar,smoga mereka bertemu di syurga yg kekal...

Saudagar Sorga , kehkeh said...

ayat akhir tu deep

Ajlaa said...

😭

NUR AZNI JAMAL ABDUL NASIR said...

Alfatihah, smg tenang d sana

Anonymous said...

meremang bulu roma bace, part yg akhir tu dh nangis dah. T_T

Anonymous said...

You're lucky dapat sahabat macam qiden tak semua org dapat sahabat mcm tu .☺

Farah Huda said...

mcm mana mato boleh latak gambar macm tu.Curious

amniaulia said...

mato...entri ini dgn lagu dipasangkan ingatkan pd sesorang walaupun tak rapat yang pasti mereka benar2 sperti rakan mato. mungkin juga certa ini ingatkn pd cerepen hilal asyraf.
kalau minta repost boleh?
share dlm blog sendri.
"daripadanya kita dtg kepada nya kita kembali"

Anonymous said...

ni baru mato ! kisah benar eah ? moga kuat

Izzazai said...

Huwaaa....sedih nyeerr

- said...

dude, this literally seeped into my soul. May Allah bless.

Anonymous said...

Cant stop myself from reading this! ������

Anonymous said...

salam mato. aku dah lama beli buku esc tapi baru harini berkesempatan untuk baca. and sebelum ni aku tak pernah follow blog kau. lepas baca buku esc aku tak faham sangat cerita pasal chad & qiden tu, end up aku search blog kau sebab nak tau more about it. al-fatihah untuk qiden, bro. i hope to hear more about this story sebab aku tak rasa cerita ni rekaan semata-mata. thank you for your inspiring book mato. hope you will do well. :)

natasya syuhada said...
This comment has been removed by the author.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...