Matonism

Matonism

Thursday, 21 January 2016

Cara Belajar 1.0




sini



Okey, okey.

Aku ingat lepas kelas malam ni nak balik rumah ambil buku-buku nota aku masa muda-muda dulu. (baca: waktu sekolah). Tapi since nak cari gap between masa-masa sibuk ni sangatlah terhad. Tak kiralah weekend ke weekdays ke sama je.


Alright berbalik pada topik asal, pagi tadi aku macam terasa nak jengah blog ni tengok dekat shoutbox. Mashallaaa terkejudd ana tengok ada request nak minta bagi tips belajar.

I don't know how to begin, tapi dah orang tanya so sedikit sebanyak aku rasa obligated jugaklah untuk jawab.

Tambah soalan tersebut secara tak langsung mengetuk bukan saja minda separa sedar aku, malahan dia juga ketuk rasionalisasi aku dalam berfikir. Buat aku throwback jauuuhh sampai ke waktu aku masih di bangku, lantai, kerusi dan padang sekolah suatu masa yang takdelah jauh mana tapi jauh jugaklah tapi dekat juga.


Jadi lepas beberapa jam dalam kelas harini soalan retorik itu bermain-main tali skipping dalam otak aku, aku ambil satu momen berharga untuk ajukan soalan tersebut kepada dua kawan karib aku yang sama-sama membesar, berprogram, jaulah, mandi pantai, berehat-rehat di hotel mewah dan bersusah-susah stay up berjam-jam, dan masih lagi sekelas dengan aku sampai sekarang.


So kisahnya bermula begini.

"Evan, Schuyler (sebut: Skai-ler), I have something to ask," Aku buat muka serius, pandang kawan-kawan aku yang seorang sentiasa berkulit sejuk dan terlalu cerah macam tak ada melanin, dan satu lagi yang berambut warna hitam (bukan warna asal) dengan sedikit cebisan warna kelabu dan turquoise,

"Yeah man, whaddup?" Evan, si makhluk berambut warna-warna bagi respon. Schuyler (atau lebih sering dipanggil Sky), pandang aku penuh tanda tanya.

"Ok see, this morning I saw a request on my blog on how I study."

Sumpah habis je aku cakap tu Sky gelak terbahak-bahak macam dah takkan ada lagi hari esok. Evan pulak tercengang pandang aku tak berkelip.

Dah agak dah. Dah agak sangat dah. 


Kisah dia sekarang ni, aku ni bukanlah sejenis ciptaan yang suka belajar. Aku lagi prefer habiskan masa-masa lapang aku menonton kartun, main game, main skateboard, dan paling best, buang masa.



Tapi macam yang aku kata tadi, dah ditanya aku kenalah jawab. So aku korek-korek kotak memori aku sampai ke satu tempoh paling lama dalam sejarah. Gagal demi gagal, aku bukanlah top student, jauh lagi nak sampai level genius, apatah lagi gifted.

Macam rata-rata kanak-kanak seusia aku waktu tu (sampai sekarang), akulah entiti paling pemalaaasss dalam sejarah dunia, cuma tak pernah masuk buku sejarah je. buku sejarah pun tak masuk dalam hidup aku.


Hari berganti bulan berganti tahun berganti dekad. Terlalu banyak kegagalan sampai aku rasa biar aku tulis serba sikit kegagalan aku dalam exam sepanjang sekolah rendah (I'm sorry bro, sis. Blog ni bukan dibaca oleh student uni saja, tapi dibaca juga oleh adik-adik yang masih bersekolah, so kita kena guna slow pace lah ye?)

Aku memang bukanlah seorang yang hebat dalam bidang agama. Jadi kisah dia, satu subjek yang aku kira tak pernah lulus sejak first time aku belajar is tajwid. Subjek tajwid dengan aku macam ada satu magnet yang menolak. First attempt (darjah 4), aku dapat 9%. Second attempt (darjah 5), aku dapat 14%, dan third attempt (darjah 6), aku dapat 48%. Akhir sekali bila dapat result PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama), semua jayyid jiddan, satu mumtaz (Bahasa Arab, sebab aku memang minat betul belajar bahasa), dan aku cari-cari subjek berhantu yang dah menghantui hidup aku sejak darjah 4... dan aku dapat jayyid. Ok lah boleh tahan lah. Alhamdulillah.

(Nota: Aku memang tak belajar masa ni, selain kena paksa pergi tusyen dan cikgu tusyen pun struggle 'menjinakkan' aku yang 'liar' ni.)


Masuk sekolah menengah, kehidupan aku tak berapa stabil. Dari satu sekolah ke satu sekolah aku pindah. Sekolah rakyat, sekolah tahfiz, sekolah swasta, sekolah antarabangsa (international), jadi disebabkan ini, aku memang kurang menuntut ilmu sangat, aku just grab apa yang mampu saja lah.


Masa ni masih belum ada kesedaran untuk jadi pandai, tambah dengan keadaan yang aku rasa parents aku dah redha dapat anak macam aku. yang taknak belajar, yang cuma minat main bola, yang minat main game, yang minat semua benda kecuali belajar (dan pergi sekolah). Ini aku rasa cikgu-cikgu aku pun dah redha, tapi kalau aku tak datang sunyi kelas wei. (Ok jk.)

(Nota: Engkorang cebayang sendiri kalau dari tadika lagi cikgu aku dah panggil mak aku pergi sekolah sebab nak bagitau yang aku ni rude. Come on I was just 6 kot!)



Sampailah satu masa aku di Grade 10, barulah terjentik dalam kepala otak aku yang tahun ni nak ambil O level! (Walaupun aku boleh tahan fokus masa Grade 9) 

(Nota: boleh konsider grade 10 = form 5, grade 9 = form 4. Cuma mungkin berbeza sikit umur sebab selalu pindah sekolah buat aku main masuk je kelas mana-mana dan turns out lepas buat entrance exam, aku dapat offer untuk skip grades.)



Ok this is when the adrenaline rushes. Aku kena mula study! Bukan sebab aku nak berjaya, tapi sebab aku taknak gagal.

Biasalah bila orang sekeliling selalu tanya aku itu ini, pandang aku ni tinggi, wonder macam mana aku boleh score (walaupun score yang aku yakin cumalah score masa main basketball), aku tetap sedar diri, bahawa kehidupan dunia ni tak lain cumalah senda gurau semata.

Aku mula pulun jawab past papers pagi, petang, malam. Aku struggle cari jawapan bagi setiap masalah, dan cari masalah bagi setiap jawapan. Sehingga akhirnya hari terakhir aku jawab exam, yakni paper English Literature.

Terasa separa lega. Masa tu aku tahu aku dah messed up dekat few papers termasuk ICT, Math, Physics, Chemistry. Biology pun aku macam rasa takde harapan untuk berjaya.

Aku sedar yang selama ni aku banyak main, tak serius. Tapi sekarang aku dah tak boleh buat apa-apa. Semua paper dah settle, tinggal nak tunggu result. Di sinilah salah satu titik di mana aku mula sedar kena ada pergantungan pada Allah.

Aku mula bangun malam. Malam-malam aku dipenuhi luahan penyesalan dan tangisan cuak sebab aku sedar aku dah banyak buat salah. Tak memanfaatkan peluang.

Itu jadi antara momen-momen dalam hidup aku bila aku mula kembali kepada fitrah kejadian. Qiyamullail, baca Quran dan tak putus-putus doa.



Bulan by bulan, result exam pun keluar. Ini antara pengalaman paling berharga buat aku. Aku dah balik Malaysia at that moment. Kiranya just check result online. Berapa kali aku refresh website, aku try login dan sebagainya. Akhirnya tepat lepas solat zohor, aku lari balik rumah nenek aku (aku memang tinggal dengan nenek dan datuk aku di Malaysia).

Tak tunggu walau sesaat, aku check.

Menggigil tangan. Aku baca satu persatu.

(Nota: Nilai markah tak dikongsi di sini sebab sampai sekarang pun cuma parents dan kakak aku saja yang tahu.)


Alhamdulillah, aku lulus. Walaupun lulus yang bolehlaaaah.

Aku cuba letak sungguh-sungguh keyakinan pada Allah.




Kemudian aku give up, pertama kali dalam sejarah hidup aku, AKU GIVE UP!

Tapi aku tak salahkan sesiapa sebab aku tahu ini semua salah aku. Umi abah aku redha dengan keputusan exam aku. Aku dipindahkan lagi ke sebuah institusi.



Aku taknak pergi sekolah. Aku putus asa. Aku dapat tawaran ke beberapa buah IPT, aku masuk sekejap, aku keluar, aku buat apa semua serba tak kena.

(Disebabkan usia aku yang masih mentah-mentah sewaktu aku ambil O level, ini tak membuatkan aku menua dalam kepasrahan dan keputus-asaan.)


Akhirnya parents aku pujuk aku untuk balik. (Selepas beberapa bulan aku bawa diri ke negara asing disebabkan terlalu sedih.)

(Nota: Aku cuma bawa diri lebih kurang setengah tahun, bukannya bertahun-tahun.)

Aku balik, dan aku teruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Cikgu-cikgu terima kepulangan aku dengan tangan terbuka. Tapi aku tak masuk kelas pelajar-pelajar elit lagi. Aku dipindahkan ke kategori lain. Untuk pelajar-pelajar yang lebih suka main dan tak berapa suka belajar. Di sinilah aku disatukan semula dengan Evan (yang sememangnya dah berkawan dengan aku sejak 3 tahun sebelum tu), dan juga Sky (baru masuk tahun tu.)


Di situ jugalah permulaan kepada kehidupan baru aku. Aku bergiat lebih aktif. Aku baru sedar satu perkara.

Kunci utama untuk berjaya adalah doa. Aku mula baca doa setiap waktu permulaan kelas, setiap kali cikgu masuk untuk ajar. Aku mula doa in the middle of the class bila aku tak faham. (doa dalam hati waktu cikgu tengah mengajar, bukannya duduk tengah kelas dan berdoa.)

Aku lebih banyak participate dalam kelas.

Aku tukar dari duduk di belakang kepada duduk di depan.

Dalam proses inilah Evan dan Sky banyak mainkan peranan sebagai good influence. Aku bukan jenis suka berkawan, tapi aku sedar, kawan tu penting. Kena pandai pilih kawan. Pilih kawan yang bantu kita untuk berjaya, bukan yang nak berjaya sorang-sorang, bukan yang nak biar kita gagal.

Kawan yang bila kita tengok dia, kita rasa nak berjaya. Bila kita tengok dia, kita rasa tenang dan gembira. Bila kita tengok dia, kita tahu kita ni hidup atas muka bumi ada tujuannya.



Sampai tarikh satu lagi exam besar dalam hidup aku, untuk duduki peperiksaan Aptitude Scholastic Test (SAT).

Ini satu sudut dalam hidup aku, di mana aku mula sedar, aku bukanlah seorang yang memang gifted, cuma Allah izin, aku mampu serap sedikit sebanyak apa yang aku dengar kemudian tulis.


Aku mula buat notes.

Aku tulis atas kertas semua nota aku, aku taknak guna cara mudah, maksud yang aku tak faham aku rujuk guna kamus, bukan guna internet semata (kiranya guna jugaklah bila dah terdesak). aku banyakkan lagi jawab soalan. Set time. 



Aku banyak isolate diri aku. Grab things yang aku rasa perlu.


Sampailah akhirnya aku berada di mana aku ada sekarang. Tapi frankly speaking, aku memang takde specific way to study.

Kita hidup atas dunia ni berbeza-beza. Cara kita tak sama. Aku memang tak suka belajar, tapi aku belajar juga sebab dah tanggungjawab.

Macam nak tulis panjang lagi tapi kepala dah sakit gila sebab dah dekat tiga-empat hari tak cukup tidur, dan aku macam tak nampak lagi possibility untuk free.


Apa pun. Selamat membaca. Selamat take note lah dekat mana-mana yang di-bold, atau dibesarkan saiznya.


And remember one thing, don't make our fear of failing greater than our faith in Him.

Adios.
x.

23 comments:

Anonymous said...

Nice. Thanks

UNI UNI said...

thnx mato . xoxo

Anonymous said...

agree. everyone is different. if ppl ever ask me how do i study, that would be very difficult to answer. most of the time i'll say jaga hubungan dgn manusia, jaga hubungan dengan Allah because keberkatan is v important. (easy to say but still not easy to practice)

Anonymous said...

anyway thanks for an inspiring post.

"your faith has to be stronger than your fear". yosh!

Karimah Zulkafali said...

Baca entry ni buat aku terbangun dari leka yang berpnjangan. Terima kasih :')

Unknown said...

I feel u😒😒😒😒😒jd pemalas thp gaban bila part study..nasib parent x tawu jeπŸ™ŠπŸ™ˆπŸ™‰thx...let's striveπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’‹

Anonymous said...

1st time baca entry tomato...
Btw thumbs up...
Thanks for the sharing..

Anonymous said...

Alhamdulilah,
I don't know who you are,
But upon reading your book, tweets and blog I feel as though I'm looking at myself.
Thanks for the constant reminder!
-nz

Anonymous said...

Jzkk bro!
Allah bless you!

Saudagar Sorga , kehkeh said...

huhu ~~ aku nanges kali ni ..

Syazwani Asya said...

Mato

Farah Huda said...

Thanks for sharing.Best la mato belajar

Anonymous said...

ThanZ m2. For sharing very good motivation.

Anonymous said...

Syukran mato..thumbs up..may HIM bless u

Nik Azraq said...

tq

Budak asam jawa said...

Thanks mato. U make me realised.

Anonymous said...

i miss your old post.

Izzazai said...

Thanks matoo

Anonymous said...

And then a hero comes alone
With the strength to carry on
And you cast your fear aside
And you know you can survive.
All the best Mato,I believe knowledgement will give us better prospects in life.:-)

Anonymous said...

Thank you bang you're so insightful

Anonymous said...

Thanks Mato, you make me realised the power of dua'.

Anonymous said...

Please bagi tips pasal hafal quran. Thank you in advace.

Anonymous said...

Thanks for your advice! Thanks a lot!

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...