Matonism

Matonism

Sunday, 12 June 2016

[ELEPHANT] IN THE ROOM

sini

Aku menulis sesuatu yang dah lama aku simpan dan pendam. Andai saja ini bakal mengundang cemuhan dan kejian, maafkan aku. Andai saja kau tak mampu terima informasi baru, tak perlulah teruskan membaca.

Aku sangat kagum bila tengok progres cyber preachers yang makin lama semakin matang. Makin lama semakin tahu bahawa tugas seorang yang menyeru itu adalah pada menyeru dan bukan menghukum.

Makin peka bahawa ujian kita semua berbeza.
Makin faham bahawa dosa kita tak sama, namun itu tak membuatkan kau ahli syurga dan aku ahli neraka.
Makin tahu bahawa Islam bukanlah medium untuk meraih keuntungan duniawi, bukan jua untuk meraih populariti sendiri.

Sangat mengagumkan dan aku sungguh-sungguh rasa bahawa kita dah capai satu muafakat bahawa aku boleh beritahu sesuatu yang aku sangat yakin ada yang dah tahu dan ada pula yang taknak tahu.

Mungkin ada yang dah pernah dengar satu pepatah inggeris yang berbunyi, "Elephant in the room".

Elephant in the room is an idiomatic expression that may apply to an obvious problem or risk no one wants to discuss.


Sepertimana ada yang diuji dengan harta, wanita dan pangkat, ada juga yang teruji dengan perasaan sendiri.

Selama beberapa belas tahun aku hidup, dah banyak aku menjadi saksi dalam sesi-sesi one to one dengan murabbi, selain daripada aku lihat sendiri banyak yang hadir dan tampil pada para 'agamawan' sama ada melalui media sosial atau berdepan, bahawa ada yang minta nasihat untuk orang yang tak pernah solat, nasihat untuk orang yang nak berhenti minum arak mahupun merokok, nasihat tentang cinta sebelum nikah, nasihat tentang cara menjaga mata dan nafsu, nasihat tentang itu dan ini. Pendek kata, punya banyak dosa dan rahsia yang mereka kongsi atas harapan mereka akan dibantu sampai kita-kita yang lagaknya pendakwah muda, fresh lagi bersih boleh guna prinsip ni, 'seribu satu dosa-dosamu, aku takkan judge. Kerana aku pendakwah, aku menyeru bukan menghukum. Aku hanya menyeru dan tugas syurga atau neraka itu biarlah Allah saja yang tentukan.'

Tapi ada satu perkara yang sangat jarang orang kongsi adalah bila ia melibatkan sesuatu yang taboo, yang sepertinya lebih memalukan dan lebih menghinakan daripada segala jenis dosa dalam dunia, yang terus dipulaukan dan dibiar sendirian sedangkan sering dibicarakan di mana-mana.

"Akhi, tolong aku, aku..."

"Enta kenapa?"

"Aku..."

"Apa dia, enta cakaplah. InsyaAllah ana akan tolong selagi mampu."

"Okey, tapi benda ni private sikit."


"Jangan risau. Kita kan dah janji nak masuk syurga sama-sama?"

"Macam ni... Aku sebenarnya."


Kau cuba bayang rasa dia bila nak buat pengakuan tentang satu perkara yang dah lebih satu dekad kau simpan sendiri.

"Aku gay."

You know what happened next? Beliau akan diamkan diri. Mungkin terkejut, mungkin entahlah.
Apatah lagi bila yang mengaku itu seorang penghafaz Al Quran tiga puluh juzuk, yang mengaku itu rupanya nampak suci dan baik walaupun sering digelar pretty boy sejak kecil. Tambah yang mengaku itu orang yang selalu bagi tazkirah-tazkirah dalam usrah, selalu diminta untuk jadi imam solat jemaah tak kira waktu.

[Diskleimer]

Ini bukan entri tentang Budak Tomato so bolehlah tenang-tenang. Sekalipun tentang beliau, mohon lagi sekali bertenang.

Dan untuk murabbi yang setia membantu, untuk bekas ketua usrah sewaktu di bangku sekolah dulu, moga entri ni menjadi sedikit sebanyak, sebagai pengubat rindu pada aku yang dah tak ikut usrah dan telah pun menjauh berjuta langkah dari kalian, yang dah menyepi tanpa khabar (walaupun aku tahu segala catatan, tweet, tulisan aku masih terus kalian baca)



Lalu yang pada awalnya minta untuk ditolong, kau menjauh. Bukan apa, kau takut dia jatuh hati pada kau pulak! Padahal bila nak minta tolong dengan yang berlawanan jantina, nanti berderu lah teguran para 'penyebar risalah' ni kata "Eh sengaja lah tu nak minta tolong dengan yang berlainan jantina!" "Dah takde lelaki lain dalam dunia yang soleh yang kau boleh minta tolong?" "Cara baru nak rapat dengan akhawat ke?" dan banyak lagi.

Jangan risau, tak semua pendakwah begitu. Aku yakin.

Tak kurang juga yang mempersoal, "Kenapa kau pilih jalan hidup begitu?"

"Kenapa kau tak berubah je?"

"Ramai kot perempuan dalam dunia, cari jelah yang kau suka."

"Kau tak pernah dengar pasal kaum Nabi Luth ke?"

Itu tak kira berjuta jenis cacian dan makian. Itu belum masuk yang terus automatik pandang hina. Itu tak kurang juga pada yang suruh orang lain berhati-hati bila duduk sekali dengan orang yang diuji begini.


Bagi hujah agama, keluarkan semua ayat Quran bahawa Allah laknat orang-orang yang begini.

Aku tak menyokong, tak pula menolak. Ada manusia yang dalam hidupnya, Allah uji untuk lebih ke arah gender sendiri. Sepertimana ada yang Allah uji tak mampu bendung perasaannya pada wanita-wanita, sepertimana ada yang Allah uji tak mampu tinggalkan rokok dan dadah, sepertimana Allah uji untuk merasakan diri mulia hanya kerana cebisan-cebisan ilmu agama di dada.


Nak kira kawan aku yang diuji begini rasanya lebih banyak daripada jari untuk dihitung, tak cukup dengan jari jemari tangan dan kaki aku, digabungkan dengan jari teman-teman juga masih banyak lagi bilangannya.

Satu hari kawan rapat aku yang pada aku hantar gambar ni pada aku, gambar yang beliau dapat daripada buku Tarbiah Sentap, dan mulai saat itu, massive respect untuk penulis tarbiah sentap yang satu itu, sebab membuat keyakinan aku berganda, bahawa masih ada lagi pendakwah alaf baru yang memahami.


Aku yakin, Allah tak menghukum kita kerana perasaan kita. Sepertimana ada yang benar-benar cuba mengawal dan melawan rasa untuk bercinta sebelum nikah. Aku yakin, Allah tak zalim untuk menghumban seseorang ke dalam neraka hanya kerana mereka tertakdir untuk punya 'rasa'.

Walaupun ramai yang datang pada aku dan kata, "Kau hafaz Quran, takkan kau tak pernah baca pasal kisah Nabi Luth?"

Tak kurang juga ramai yang hilang tsiqah pada aku kerana pernah membangkitkan isu ini. 

Tapi aku masih kurang faham, sedangkan tertulis di banyak halaman bahawa yang Allah benci itu pada yang namanya PERBUATAN dan bukan pula PERASAAN.

Tapi yang kita faham, untuk merasa sebegitu saja sudah terus digelar bakal ahli neraka, tak takut neraka, kebal neraka dan sejuta satu lagi tuduhan nista dan jijik yang kau lontarkan pada yang merasa.

Moga-moga, amalan rahsia yang kau lakukan saban malam tu mampu selamatkan kau dari neraka akibat mulut kau yang boleh tahan jugak power dia.



Untuk yang diuji sebegini, aku tahu sukarnya untuk berubah. Sepertimana tak mudah untuk melakukan apa-apa jenis perubahan dalam dunia.

Kau tak keseorangan, tapi tak pula bermakna kau akhirnya bebas melakukan sesuka hati. Tak sama sekali.

Ambil iktibar dari kisah kaum Nabi Luth. Fokuskan pada mengabdi diri pada Allah. Tak perlu dilayan perasaan-perasaan begitu. Tak perlu kau luah pada sesiapa melainkan Allah, sebab dunia ni dah cukup hina dan ditambah dengan penghinaan yang bakal kau terima jika kau luahkan.

Kalau tak mampu ubah perasaan sendiri, teruskan ibadah-ibadah lain, teruskan hidup dalam ketaatan. Teruskan berdoa agar diberi hidayah dan dimudahkan urusan.

Untuk murabbi yang aku pernah tinggalkan, moga-moga luahan aku ni sedikit sebanyak menggaris sebab untuk kenapa aku pergi. Terima kasih kerana terus berpegang pada janji, yang masih sudi mendoakan dan turut bantu walaupun pada hakikatnya aku sendiri tawar hati.

Sekian.

23 comments:

kusyi said...

Kerana sebab itula.. susah nak cari manusia yang bukan judging. Mula dengan diri sendiri sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Dan fikirkan solusi; bukan emosi. Moga syurga buat kita semua.

Khadijah N. said...

I have many gay friends

Noraini Mohd Aliman said...

tsiqah

Anonymous said...

Post yg sangat bermanfaat. I've met this one guy on twitter (he commented on my tweet) as i made a tweet that im not supporting lgbt. We fought with words and all. I tried to explain things carefully but he assumed that i was debating on that issue. Then ada sekali ni dia cakap "They didnt ask to be born like that". Pelik. Tak tahu pulak kita manusia ni ada yg dilahirkan gay/lesbian. Lepas baca post ni banyak info baru dapat. So i want to thank you for writing this post, mato

Anonymous said...

thanks for the post. i've always wanted to hear / read about topik ni from islamic view. most of the time, mcm mato tulis, org jauhkan diri. or kecam. i'm not homo but living where i am there's people around me yg sebegitu. my friends either tell me 'kenapa ko kawan dgn dia? dia kan..' or 'heck yeah i support lgbt coz they're humans too and all that equality shit'. even one of my family-kitorg tgh tgk the imitation game(rewatching at home) when i blurted out that irl, alan turing was gay before he died. less than 5 minute later, we stop watching the movie even though it's not even half time. what are your thoughts about those that support lgbt but muslim and not lgbt themself?

Masyitah said...

Nooo bukan taknak bagi feedback, tapi tak sure nak cakap apa. Okay cuba je la nah.

There's a severe lack of awareness about this issue, especially among Malay Muslim in my opinion. And there's also the fact that a good number of alim people, while are looked up to for their deep understanding in deeniah matters, are judgemental and not very empathic towards sensitive issues like these, as stated.
People deliberately avoid it under the guise that it's 'taboo', and even the topic arises, the discussion doesn't even come close to the root of the problem.

Perhaps a good way to start tackling this issue is to raise awareness among Malay Muslims? Once they start to understand, more steps could be taken like, figuring out how to cater to these people's circumstances. Dakwah itu seni, dakwah bil hikmah, as some would say.

Masyitah said...

Nooo bukan taknak bagi feedback, tapi tak sure nak cakap apa. Okay cuba je la nah.

There's a severe lack of awareness about this issue, especially among Malay Muslim in my opinion. And there's also the fact that a good number of alim people, while are looked up to for their deep understanding in deeniah matters, are judgemental and not very empathic towards sensitive issues like these, as stated.
People deliberately avoid it under the guise that it's 'taboo', and even the topic arises, the discussion doesn't even come close to the root of the problem.

Perhaps a good way to start tackling this issue is to raise awareness among Malay Muslims? Once they start to understand, more steps could be taken like, figuring out how to cater to these people's circumstances. Dakwah itu seni, dakwah bil hikmah, as some would say.

Anonymous said...

nice post :) selalu terfikir macam mana nak tolong kawan yg macam ni. should we avoid, or embrace?

Anonymous said...

i hated people yg lgbt ni. but now, when i think abt it again, its not 100% their fault.

Anonymous said...

Ye, betul laa apa yg kau tulis mato. Sebab perasaan yg hadir dlm diri diorg tu, bukan laa sesuatu yg diorang nak, yg diorg minx. And, diorang tak jahatt! Well, orang sekeliling, or kita ni spatutnya yg bg diorang moral support. Tp kbnyakan kita memilih untuk judge dpd memahami diorang, be in their shoes. Hmmm.

Btw, nice entry mato. Muhawalah jayyidah. 💪

Anonymous Green said...

Salam alaik, saya baru pertama kali baca tulisan mato, xpernah kenal pun selama ni. dan ternyata the fisrt klik terus jump pada tajuk ni.

isu tentang gay, lesbian , addicted pornografi semuanya ada link . ramai yg boleh kata golongan ni xsalah, naluri dah tebal and what so on.

mungkin, sy boleh kongsi sikit. Pertama, cari punca awal jadi . Dah kesan, simpan jgn padam dlam kepala. Siapa punca. benarkah sekeliling ataupun kehendak diri sendiri ?

kedua, golongan yang celik agama atau dikatakan faham selalunya lah yg cenderung kepada perbuatan melanggar tabii manusia dan syaraiat agama. Apa2 sahaja perkara yang berlanggar daripada landasan agama tak mungkin bersifat semulajadi melainkan permainan dan tipudaya iblis menyesatkan manusia .

ketiga, melakukan perubahan takda cara lain melainkan diri sendiri. hanya dengan kemahuan diri sendiri. lazimi solat sunat taubat sekerap yg mungkin, jauhi diri daripada unsur-unsur yg membawa nafsu cenderung kepada sifat itu.

Sakit nak lawan penyakit yg telah terperap dalam diri, tapi kesakitan itu akan jumpa lorong keluarnya akhirnya. InsyaAllah, dengan izin Allah moga smeua penyakit luar dan dalam boleh diubati dan dirawati.

Anonymous said...

"Tapi aku masih kurang faham, sedangkan tertulis di banyak halaman bahawa yang Allah benci itu pada yang namanya PERBUATAN dan bukan pula PERASAAN."

Adakah kau cuba maksudkan yang takpe ada PERASAAN selagi belum melakukan PERBUATAN?

Kalau itu yg kau maksudkan, I totally,absolutely disagree. Contoh aku bagi, kita tak suka dkt seseorang ni. Selagi perasaan tu belum dizahirkan melalui perbuatan seperti mengumpatnya di belakang, insyaAllah tidak berdosa. But then again, kalau perasaan tak suka tu kita tak cuba stop dan keep thinking 'bout it, won't that trigger and lead you to start the act?

Sekadar persoalan dan pencerahan di pihak aku. Kalau bukan tu yg kau maksudkan, maaf.

Dan erm... ayah aku gay. Aku kecewa bila tahu, tapi my love feelings for him did'nt get any lesser. I never hate him though up until now he still, is a gay.
Apapun, ujian setiap orang dalam hidup ni berbeza,tak sama. Takkan rasa,tahu,faham dan hadam selagi tak lalui.

Above all, good writing. Deep down in my heart, I hope your post open up people's mind out there that just because someone isn't in the same boat/jargon/on the same road with you,doesn't mean you can simply leave them suffocating.

**bersemangat woi aku tulis komen ni. siap ade bold dgn italic words lagi. Tolong ar approve/jangan delete ~_~

acu yuhan said...

cantik blog.. done follow u, follow me back :)

Anonymous said...

dear the commenter above, you said your father is a gay. i think we are on the same boat. when i think about it, i really hate him. i cant talk nicely to him. i cant see his face. because, i saw, i heard what he did! i was traumatized since i was a kid. Alhamdulillah one day, Allah give me reminder not to hate him. So what i can do now, is to forget that he is a gay, so that i wont stop loving him as my dad. Everyday i prayed that Allah will guide him. Moga Allah jauhkan ayah saya dari azab api neraka. Saya sayang ayah saya.

everland said...

Apa title buku tu dan siapa penulis tu? Saya rasa macam nak beli hmm

Azzura said...

Mato, as a psychology student, I could relate how you feel. The time I know that you have left usrah, I know there must be something triggers you to that.

I don't know how to help, but trust me,

"Jika agama tak mampu memberikan harapan, maka ia bukan dari Tuhan"

And we all know Islam is a mercy to all.

Teruslah menjaga amal dan iman. Pertambahan iman meningkatkan amal dan pertambahan amal meningkatkan iman.

Things take time. Luka di hati bukan sehari dua boleh sembuh.

Moga Allah tunjukkan jalan untuk mato.
Semoga amal-amal kebaikan yang dilakukan membantu untuk menepis perasaan-perasaan yang ilhamnya bukan dari Tuhan.

take your time mato. Rehatkan diri.

I know it's hard for you. May Allah ease.
Teruskan mujahadah. Masih ada iman dalam hati mato bila mato berusaha untuk minta tolong kerana tahu perasaan itu bukan fitrah.

Wallahualam.

kazuki kaori said...

i dont know. never meet them. your entry open my mind though. good job mato. dah lama tak bukak blog ni, last time bila? waktu sekolah lagi :)

matdin said...

alapadan... dah berat tu.. hehe...


jom jenguk sini ya..

hehe

Mcx Recommendations said...

hey great blog. keep sharing..

Commodity Tips Free Trial

Wan Syahida Kahar said...

Biasanya.. nak bantu seseorang itu mestilah orang yg betul2 memahami keadaan dan perasaan org tu. It's the person that u seek for help. Kena cari orang yg pernah melaluinya dan dah berjaya berubah. Minta nasihat dia. Bukannya org2 yg biasa atau nampak biasa tapi sebenarnya akan jadi judgemental.

GoldTips said...


A very focused and upto the point article. Nicely authored

MCX Jackpot Tips Services

Anonymous said...

Budak tomato ka perempuan an.wtf.Npe x guna lesbo?

Budak Salad said...

I feels what you've gone through..thanks for this entry..sngt touching .

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...