Matonism

Matonism

Sunday, 12 February 2017

Lapar?

[credit here]

Semua orang lapar. Aku lapar, kau lapar. Kita semua ada masa-masanya rasa lapar.

Semua orang buat dosa. Aku buat dosa, kau buat dosa. Kita semua buat dosa.

Semua orang suka bercerita. Aku suka bercerita, kau suka bercerita. Kita semua suka bercerita.



Biar aku bagitahu sesuatu yang orang ramainya tak tahu. Blog ni tempat ruangan peribadi. Tempat aku luahkan apa yang aku rasa. Tempat aku nak menulis. Tempat aku nak bercerita dan sesungguhnya aku tak harapkan pembaca, walaupun satu masa dulu blog aku ni dapat hampir 2 juta pembaca. Tapi itu semua dulu. Sekarang aku dah slow down. Nak menulis pun banyak yang unpublished, bukannya tak update. Hampir setiap minggu juga aku tulis entri baru. Tapi simpan sorang-sorang sajalah.

Sebabnya, ramai sangat yang suka berprasangka.


Aku bagitahu satu lagi perkara. Hubungang aku dan kau bukannya hubungan pasangan kekasih. Bukan juga kawan yang kau boleh rileks pm buat lawak tak kelakar. Bukan butthurt, tapi ada benda kena belajar limit. dengan siapa kau bergurau. Perkara apa yang dibawa bergurau. Entahlah. Mungkin aku dah tua.


Aight, berbalik pada topik asal aku.

Lapar.

"O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful." (Al Hujurat:12)

Bagi yang kurang faham. Maksud ayat ni menjelaskan bahawasanya, Allah menyeru orang beriman supaya elakkan daripada ber-prasangka. Kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan elakkan daripada mengumpat. Sebabnya, adakah kita suka makan daging saudara kita yang telah mati?

Lalu Allah pesan pada kita supaya takutlah kepada Allah, dan sesungguhnya Allah maha menerima taubat.


Di sini ya, biar aku jelaskan sesuatu.

Aku, kau, kita semua sama. Tapi ada perkara dalam dunia ni, kita kena sedarlah. Kalau tak mampu menampung dosa-dosa kita dengan amalan taubat, tak perlulah seronok-seronok tambah dosa kita macam syurga neraka tak pernah diciptakan.

Benda paling tak best sekali kadangnya ada sesetengah golongan yang chill gila guna ayat "aku bukan nak mengumpat, tapi..."

Tapi apa?

Aku bukanlah manusia paling baik dalam dunia. Aku bukanlah manusia paling mulia dalam dunia. Dan kau juga bukan.

Daripada mengumpat-mengumpat buka aib orang lain, just take a reflect and see ourselves.

Kalau rasa tak tahan sangat, boleh mesej personally tegur kesilapan orang tu.

And nak menegur ni pun kena ada master skill untuk tawan hati mad'u. Tak boleh terus direct mesej guna sarcasm, "Best ke orang kagum dengan tulisan kau, acah-acah dakwah, tapi belakang berasap merokok."

Similarly macam kalau sekarang ni aku terus pakai serbu kata, "Eh sedap ke tu makan daging orang tu? Kanibal, kanibal, kanibal!"

Haa mesti tak best kan?


Ini adalah entri counter as a victim kepada orang-orang yang suka mengumpat aku. Lelelel.

Takdelah.

Tapi betul juga, dalam Quran tu, Allah tujukan pesanan tu pada orang beriman. Jadi aku tak expect untuk kita semua terkesan dengan ayat tu.

Bukan apa, beriman ke kita sebenarnya?

10 comments:

Anonymous said...

deep

Barakah Abidah said...
This comment has been removed by the author.
Erni Hasmiza said...

Selalu sgt konon 'aku bukan nak mengumpat tapi...' sabar je la

Nurrul Hadzriena said...

takkisah mato macam manaa. aku tetap sokong kau mato. keeeeeep writing.

Anonymous said...

Deep

Anonymous said...

deeeep

Redha Seeker said...

Ada typo *hubungang :)

Rabiatul Adawiah said...

setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

fan = (bukan kipas ok) said...

aku harap one day aku boleh ddk lepak ngeteh dgn kau. one day aku harap aku dapat jumpa dgn kau.

Anonymous said...

Aku ingat lagi, satu masa dulu time blog ni gempak, padat, dan memberi lah jugak. Tapi tu mungkin satu masa dulu. Dulu dulu dulu... Sumpah,aku rindu dulu

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...