Rupanya dah terlalu lama aku pendam perasaan. Terlalu lama aku biar dipijak, digunakan. Terlalu lama aku simpan kesakitan. Luka, koyak, pecah, retak semua aku tutup dengan lapis-lapis penafian. Aku anggap ditolak, dimaki, dihina, dicaci itu semua biasa. Sebab dah terlalu lama aku biar orang gunakan aku, cuma sebab aku nak diterima. Sedangkan manusia sifatnya tak pernah puas. Kejayaan langsung tak dikenang, kesilapan lama ditayang-tayang.
Malam terakhir tahun 2020, aku duduk termenung mengenang nasib setahun yang telah berlalu. Untuk yang tak tahu, tahun 2019 aku berazam untuk lebih mencintai diri sendiri. Tapi penghujung tahun 2019 sangat pahit untuk ditelan, sudah jatuh tambah pula ditimpa tangga.
Rupanya benar kata orang tua-tua, sungguh yang pahit itulah ubat. Sedang yang manis belum tentu sihat dan selamat. Aku belajar melepaskan, dan aku belajar untuk terima bahawa takdir kisah cinta aku penghujungnya bukan pada alam perkahwinan. Benda yang paling aku risaukan akhirnya jadi kenyataan. Mungkin pedih itulah yang mendewasakan. Akhirnya pada awal tahun 2020, aku pilih untuk bawa diri jauh. Aku pilih untuk mulakan yang baru. Aku pilih untuk langsung tidak ungkit, atau marah. Mulanya dari situ, aku menyambung azam tahun baru untuk berkata-kata yang baik sahaja ataupun diam.
Awalnya susah. Apa saja dalam dunia ni, tak ada permulaan yang mudah. Apatah lagi untuk memulakan semula selepas kau dah jatuh terduduk di bawah.
Ada perkara, kita dimatangkan oleh pengalaman. Ada masa, kita dimatangkan oleh ilmu.
Indahnya malam kerana bulan, indahnya hidup kerana tuhan. Malam ini, genap setahun selepas luka lama aku rawat. Ditemani sayup-sayup bunyi angin dan hujan, aku baca semula tulisan-tulisan aku dulu, yang jauh lebih cantik bahasanya, jauh lebih tulus isinya.
Genap juga 10 tahun aku berada di dunia papan kekunci dan skrin, dibelakang topeng manusia tanpa nama. Banyak yang telah berlaku, jatuh bangun, tangis tawa. Untuk tahun kesepuluh, aku cuma berharap aku lebih banyak merefleksi diri. Kerana apa aku menulis, sebab dulu aku cuma tulis untuk berkongsi rasa. Semenjak terbit buku, sana sini aku ditekan. Semenjak terbit buku juga, aku hilang kawan yang dulunya jadi tempat aku berkongsi cerita. Semuanya kerana nama.
Itu cerita dulu, semoga dia terus berada dalam lindungan tuhan dan digandakan kejayaan.
Sekarang aku berkenalan dengan orang-orang baru, dan aku mulakan semula hidup baru. Aku disayangi oleh orang yang tahu menghargai. Aku dikelilingi dengan orang yang peduli. Aku mula faham, yang persahabatan itu tak akan bersulam umpat dan hasad. Aku belajar untuk melepaskan apa yang diluar kawalan - seperti perasaan dan kata-kata orang.
Aku belajar menghargai, walau cuma ada sesaat saja, aku akan pastikan itu adalah satu saat yang terindah untuk dikenang.
Terus, 2020 memberi makna baru dalam hidup aku. Memberi peluang untuk aku terus belajar dan perbaiki diri.
Mungkin dalam masa terdekat, aku cuma akan tulis di sini, dan juga satu buku dalam bentuk ebook nanti. Itu saja.
Terima kasih sebab sudi peduli, terima kasih sebab tak jemu merai. Semoga tuhan limpahkan bahagia pada semua yang membaca. Aku setuju, aku juga rindu aku yang dulu. Aku yang belum dilukakan dan digunakan. Aku yang cuma mahu menulis untuk berkongsi.
Salam sayang,
Mato.
34 comments:
Stay strong Mato!!! May your 2021 be filled with blessing. Love your writing, tak sabar nak purchase ebook nnti ��
Always adore with your masterpiece✨ππ»
Hai mato. Saya pun jatuh dihujung 2019 kerana janji manusia juga. Agak lambat untuk saya bangun kembali tapi alhamdulillah saya lebih menghargai diri saya sendiri. Saya harap mato pun lebih hargai dan sayangi diri mato! Stay strong and please stay safe !
Finally a new post on ur blog. Mato I don’t know what you have been through but i know u experience a fabulous adventure in ur life. I don’t want to say be strong bcs i know u’re strong enough and I can’t ask u to not be sad bcs the sadness is a part of our life. But i wish and pray that u never give up with life. U’re extraordinary mato and fr me u’re LEGEND. So don’t give okay.
Moga tahun 2021 awak akan lebih bahagia dan gembira. Terima kasih kerana masih menulis :)
I have been following you since 2014. I am attracted with your words, your story. It just different from others. Keep on writing here. Really miss to read your random story though.
Terima kasih mato sebab berkongsi cerita, semoga terus kuat melangkah kehadapan, i will support you no matter what ^^ GOOD LUCK!!
Stay strong mato, don't give up in life. You said so in your instagram that if tired, just take a rest and don't give up :) I wish you luck in whatever you do! Please take care especially your mental and physical health :))
Cheer up mato!
kenapa aku pulak yang rasa nak nangis? apapun semoga mato lebih tabah dan dikurniakan kekuatan dalam mengharungi jalan kehidupan.
menanti tulisan seterusnya��
Mato, thanks for being you. You're doing great. Just be you. π
Mato,terima kasih sebab menulis. Im mentally drained and baca balik hiatus dua hari lepas. Thanks sebab ada tulis " Bukankah tak ada kejayaan melainkan berjayanya seorang hamba menembus langit dunia, ketika mana dia berjaya masuk ke syurga-Nya" Ayat tu selalunya je dengar, tpi selalu juga bagi kesan yang berbeza. So thanks :)
Dan,
Semoga terus menulis dari hati :)
"aku juga rindu aku yang dulu. Aku yang belum dilukakan dan digunakan." same feeling here. Sometimes giving up and letting go is the best. maybe not for everyone, but you, yourself.
Rindu penulisan mato. Follow since 2014 lagi. Penulisan yg menemani kehidupan masa zaman belajar. Bila jatuh rasa Giveup, post2 mato dulu sgt membantu. Terima kasih utk semua itu. Moga Allah berikan segala kebaikan kpd mato atas penulisan2 yg dulu. Legend mana boleh putus asa kannn mato. Cheer up!!
Happy 2021!(v,V)
Moga Allah bagi kekuatan untuk kau mato. ��
goodluck ,fighting !
Teruskan berkarya mato. tak keluar buku takpa, blog kan ada (walaupun ramai dah tak guna blog sekarang). Legend mana boleh putus asa. May Allah bless you!
semoga Tuhan merawat setiap luka dan gantikan dengan yang lebih baik, kerana Dia sebaik baik Perawat dan Pemberi ��
May your 2021 will be filled with hope, love, joy and success!
Loveeee, mato kuat!!
Saya baru sempat baca, moga Allah permudahkan segalanya, Terima kasihh mato, Mato la yg perkenalkan saya dengan dunia buku. Terima kasih <3
Betul, saya pun alami tahun yang paling buruk dan ngeri iaitu tahun 2018. Bila ingat balik betapa baiknya saya dahulu buatkan saya rindu untuk jadi yang dahulu. Tetapi semuanya mustahil. Untuk jadi terlalu baik di dunia ini ialah perkara yang akan membunuh diri sendiri. Kadang-kadang rasa menyesal kenal sesiapa sahaja dalam dunia ini. I change a lot from extrovert to introvert. Start sayangkan diri sendiri more than everything. I glad that mato juga sama dan di kelilingi orang yang hargai. You deserve better and to be loved. It's hard to go through the phases of move on from the previous tragedy. But once you complete it, no turning back. And once you are broken, you will be unbreakable. Mato kuat!!! Semoga Allah permudahkan segalanya buat mato. Amin.
:)
I feel you mato ! Please jangan berhenti menulis .
Just dropping by to say that I enjoyed my time here, as a reader. thank you for sharing your thoughts all these times. I sincerely hope that, as times goes by; this too shall pass and we too shall heal. Come back stronger than ever.
take care and stay safe!
I love Your words don’t stop writing
Take care
You did great things , hope Allah bless your life and your sacrifice for others . Jatuh bangun kita ditentukan oleh kita sendiri sama ada mahu tetap berjalan dan tidak pedulikan yang lain atau jatuh di takuk lama . Kerana yang di lopak air itu kadang tetap bermakna untuk memberi manfaat pada yang minum .
wherever you are, I sincerely hope that you are doing well. :)
Still waiting for you writing..may Allah heal you.. We struggle human are being..sometimes we have to keep moving even we don't have much energy.. I hope.. I really2 hope you will come back
Las Vegas Hotel and Casino - JTG Hub
Find your μ²μ μΆμ₯λ§μ¬μ§ perfect getaway or staycation at the Las κΉμ² μΆμ₯μ΅ Vegas Hotel and κ°λ¦ μΆμ₯μλ§ Casino in μΆ©μ²λ¨λ μΆμ₯λ§μ¬μ§ Las Vegas, Nevada. This 5-star hotel features νν μΆμ₯μ΅ 5 restaurants,
Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such topic.
lawyer malaysia
tmt malaysia
law firm malaysia
Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
technology financing malaysia
pc rental malaysia
laptop rental malaysia
The way you explain a complex topic in an easy-to-understand way is really impressive. Keep it up.
food packaging box manufacturer in malaysia
packaging cosmetic box in malaysia
Post a Comment