Matonism

Matonism

Thursday, 31 December 2015

Scribble, scribble.

sini

"Akhi, bagaimana yang tidak terisi akan mampu untuk mengisi?" 


Terpaksa bagi kredit dekat akhuna sabi untuk quote padu yang ternyata mencucuk sampai harini.



Aku takde idea sebenarnya nak tulis apa. Tapi aku tulis jelah tengok entri kali ni jadi apa. Nak try tulis tanpa delete supaya orang tahu macam mana otak aku berfungsi, dan macam mana behind the scene aku menyiapkan satu entri untuk di post.

(Deal: Delete cuma bila tersilap ejaan saja!)


Bila tengok balik apa sebenarnya matlamat hidup, setiap awal tahun kita buat azam baru. Setiap kali masuk satu peristiwa penting dalam hidup, contohnya masuk dalam salah satu dari bulan-bulan yang aku kira diangkat darjatnya (contohnya macam bulan Ramadhan), baru kita nak buat azam.

Sedangkan kita sepatunya berazam setiap hari! Setiap hariii!!! Sepatunya setiap hari sebelum tidur, kita berazam agar esok jadi lebih baik dari harini. Kita berazam setiap pagi andai esok nyawa kita ditarik, kita dah buat yang terbaik untuk harini. Kita dah buat yang paling baik dalam hidup kita.

Ok tak salah nak berazam tahun depan nak jadi kurus, nak jadi lebih lawa dari KimK (I just have to) (Emoji keluar air mata sambil senyum), nak jadi itu ini, nak jadi kaya, nak jadi suami orang, nak jadi graduan Harvard. Kerana azam itu adalah satu nekad, satu tekad yang dibuktikan dengan perbuatan. BUKANNYA SI AZAM ANAK JIRAN SEBELAH YANG SETIAP MASUK TAHUN BARU, KAU MULA BUAT LAWAK "AZAM" SAMPAI DIA PUN DAH LALI.


Aduh-aduh takde idea nak cakap apa.

Okay lah, okay lah. Kita cakap pasal hati. Bab hati ni memang best.


Hati ni ibarat rumah. Rumah yang diisi dengan Al Quran akan.... Ok tukar topik.

Beruntunglah orang-orang yang diuji. Beruntung lagi orang yang bersyukur dan bersabar bila di uji.

K tetiba.
Dah la whatever.

Kesimpulan dia...


Aku takde idea. Tapi nak tulis. Tapi takde idea. Tapi nak tulis. Tapi masa terhad. Tapi nak tulis. Tapi bila aku tengok skrin aku takde idea. Tapi nak tulis. Tapi nak tulis apa. Tapi nak tulis.



Apa pun. Semoga anda peroleh ketenangan. Adios.

Sunday, 8 November 2015

BUAT JIWA YANG MERINDU

sini

Buat jiwa yang merindu,
Di sisimu ada aku.
Aku, yang tak jemu meneman.
Bahkan di hatimu ada Tuhan.
Dan di dadamu ada Al Quran.

Buat jiwa yang merindu, kau tak keseorangan.
Yang kau rindu itu bukan manusia.
Yang kau rindu itu jauh sekali dia.
Yang kau rindu itu sebenarnya rasa.

Kau rindu rasa itu.
Rasa dikasihi.
Rasa disayangi.
Rasa dibelai dimanja.
Rasa dipeduli.

Buat jiwa yang merindu.
Bukankah semua itu dari Allah?
Bukankah semua itu milik Allah?
Bukankah sudah jelas, yang kau rindu itu sebenarnya Allah.


///


Andai aku terkorban di tengah jalan, kiralah aku sebagai temanmu yang tak jemu bergerak seiringan.
Andai tempang langkahku dalam dakwah, papahlah aku hingga kita benar-benar melangkah masuk melalui satu dari gerbang-gerbang indah syurga.
Andai lumpuh tubuhku.
Andai...
Andai..
Andai teralih hatiku. Tetaplah setia di sisiku.


///


Kita mencari cinta sejati, sedang ia sering ada tak pernah pergi.
Kita ingin yang benar-benar mencintai, sedang ia tak pernah sekali jemu memberi.
Kita ingin yang tak akan pergi, sedang ia sentiasa mendekat, tak pernah jauh walau seinci.
Tapi kita masih mencari selain dari yang selayaknya dicari.
Lalu mempersoal kenapa begitu dan begini.
Lalu mempertikai kenapa Dia tak pernah adil dalam mengadili.
Sedang kita yang sebenarnya tak adil pada hati sendiri.
Tak pernah sekali memberi sedikit ruang untuk mencintai Dia yang menciptakan cinta.

///

Buat jiwa yang merindu, ketahuilah aku juga rindu.
Rindu pada ketenangan jiwa.
Rindu pada keamanan dunia.
Rindu pada kebebasan hamba.
Rindu pada hak bersuara.
Rindu untuk bersua muka.
Rindu untuk merasa syurga.
Dan aku rindu kamu yang jauh di Malaysia.

Ekeke. Have a nice day!
Adios.

Saturday, 26 September 2015

Lari

[sini]

"Bagi aku satu situasi di mana kita takkan penat bila berlari."

"Bila kita dikejar dan kita taknak tertangkap."


///




Aku tarik nafas dalam-dalam, tapi sikit pun tak mampu nak melegakan bebanan yang menyesakkan. Teringat perbualan dengan sahabat rapat aku selain Qiden dan Foo tempoh hari.


"Aku penat." Lepas main basketball, aku duduk sekejap dengan Taufiq.

"Apesal? Pancit?" Taufiq pandang aku. "Aku tengok elok je tadi stamina kau."

Aku ketawa. "Ini bukan penat sebab stamina lari. Ini sebab, penat lari."

Tawa aku hambar semacam.


"Kau kenapa ni?"

"Entahlah..."

"Come on, kita bukannya baru kenal sehari."

"Kalau kita dah kenal lama, takkan lah kau masih tanya aku kenapa?"

Aku telan air liur. Taufiq hela nafas. Lama dia buang pandang ke tengah-tengah gelanggang basketball.

"Now, listen here." Taufiq genggam tangan aku.

"Apalah maknanya hidup tanpa ujian?"

Aku diam. Aku tak ada jawapan untuk tu.

"Aku tahu, kau memang takkan berhenti berlari. Tapi dengar ni, kau tak boleh selamanya macam ni. Kalau berlari ni cara kau, maka jangan berhenti."

"Aku dah takde hala tuju."

"Create lah satu."

"Aku nak lari pergi mana lagi?"

"Syurga."



///


Dari kata puji sampai caci maki semua aku terima dengan lapang dada. Dari komen berisi sampai tuduhan melulu semua sedaya upaya aku telan buat pedoman. Banyak dari yang pahit itu ubat, dan banyak dari yang manis itu membawa penyakit.

Tak layak dibanding dengan penulis berprofil tinggi. Tak layak diletak setaraf dengan pendakwah-pendakwah luar sana, penulis berjiwa remaja. Aku cuma aku, yang sama sekali cuma menulis untuk berkongsi, tak pernah terfikir akan memberi inspirasi, jauh sekali menulis untuk meraih populariti.

Takkan diguna nama dakwah untuk kejayaan dunia. Melainkan kejayaan itu adalah berjaya menyeru sebanyak-banyak manusia untuk mentauhidkan Allah.


Jadi jika ditanya apa keuntungan menulis Esc, tak ada jawapan melainkan keuntungan apa maksudmu? Keuntungan dunia atau keuntungan akhirat? Kerana jawapan bagi soalan itu cuma satu. Aku tak tahu. Allah saja yang tahu sama ada saham yang aku labur ini menguntungkan atau merugikan. Aku cuma berharap, ia akan menjadi apa-apa yang terbaik untuk aku, hati aku, keikhlasan aku dan kerendahan jiwa aku.


Mana terinspirasi untuk menulis? Macam yang kita semua tahu, satu kata-kata dari Lord Byron, "If I don't write to empty my mind, I go mad."

Dan seperti yang semua maklum, tak ada satu ilham yang datang tanpa izin Allah. Dan tak ada satu inspirasi yang hadir melainkan dengan izin Allah. Siapa pun yang menjadi tulang belakang, penguat dan juga pemberi inspirasi untuk aku teruskan menulis, biar itu menjadi rahsia antara aku dan Allah.

Aku tak ada benda sangat nak kongsi tentang Esc, sebab semuanya dah tertulis, kan?


Oh untuk soalan terakhir, kenapa banyak cerita tergantung?

Hei, selamat datang dan salam kenal. Memang cerita-cerita aku banyak bermula dari pertengahan dan berakhir juga di pertengahan. Sebab pengakhiran hidup ni, cuma Allah saja yang tahu.

///


"Mat please?"

"Ya?"

"Dalam Esc tu semua kisah benar ke?"

Senyum, dan pergi.


///


And yes, sedikit coretan tentang Esc ni aku tulis berdasarkan request beberapa orang, sebab diorang kata tak adil lah haritu minta Syiffa Rosman dan Afiq Sazlan untuk bedah buku bagi pihak aku.

Dan untuk yang dah janji haritu, mohon tunaikan janji anda. Sebab saya dah tunaikan janji saya. Saya tulis tentang Esc, dan anda akan join contest review yang Iman Publication anjurkan. Boleh rujuk facebook, instagram dan twitter mereka. Come on, ada dalam lebih kurang 24 jam lebih sikit je ni.

Wednesday, 15 July 2015

Mato Tulis

le owner

Ada banyak yang nak diceritakan.
Ada banyak yang nak aku kongsikan.
Ada banyak yang nak diluahkan.

Tapi aku dah tak mampu menulis.

Walaupun ada yang kata, "Kenapa Mato dah lain lepas buat comeback?"

Ini aku nak pinjam satu kata-kata.

"Don't call it a comeback, I never left."

Aku tak pernah tinggalkan sesiapa. Aku tak pernah tinggalkan apa-apa. Aku masih di sini, sama macam biasa.

Tak menjanjikan apa-apa.
Mungkin lepas ni jarang-jarang sangat untuk aku post entri baru. InsyaAllah, andai ditakdirkan kita bertemu, pastinya takkan ada satu pun yang mampu halang aturan Allah.

Andai kata ini yang terakhir yang kalian bakal baca dari aku di blog ni (walaupun aku harap sebaliknya), percayalah, dah banyak memori yang kita sama-sama bina dalam tempoh yang belum cecah lima tahun.

Ini medan aku berkongsi rasa.
Ini laman aku bercanda mesra.
Ini tempat aku rasa diterima.
Ini tempat kita saling bertukar cerita.
Ini ruangan kalian menjadi pendengar setia.

Hebatnya penangan cinta. Kalian buat aku jatuh cinta untuk bercerita. Harapnya aku juga buat kalian jatuh cinta untuk terus membaca.

Atas sebab-sebab peribadi yang tak boleh aku elakkan, buatkan aku terpaksa ambil jalan untuk tidak menulis buat beberapa ketika.

Maafkan juga sebab terpaksa delete semua entri lama-lama.


Di sini aku ingin kongsikan beberapa perkara.

Pertama, andai kata yang diimpi tu populariti, kejarlah. Kejar populariti bukan dari penduduk bumi. Sebabkan kita tak suka benda-benda cliche ni kan? Biar nama kita disebut-sebut malaikat, biar diri kita didoakan para malaikat. Itulah populariti yang jelas memuaskan!

Kedua, sebutlah insyaAllah ketika menyatakan sesuatu yang kita sendiri tak ada jaminan bahawa ia akan berlaku. Tak rugi pun kalau sebut, lagi untung ada lah. Okay? Okay.

Ketiga, elakkanlah dari membanding-bandingkan. Semua orang ada cara sendiri.


Moga bertemu hikmah dalam setiap bait tulisan yang aku coretkan.

Ini ada sikit promosi kalau rasa nak baca tulisan aku yang serba sederhana, bolehlah beli buku Esc. nanti. Di bawah ni, saya sertakan link untuk tahu lebih lanjut tentang Esc. 


Salam sayang,
Budak Tomato.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...