Matonism

Matonism

Wednesday, 30 November 2016

Tanggungjawab

tumblr


Dah sampai rasanya kita berbicara tentang sesuatu yang lebih besar. Untuk yang kenal aku, yang kenal aku dari aku masih belajar, aku graduate dan kini aku bekerja.

Rasanya masih ada yang setia mengikut kisah hidup aku menjadi dewasa. Serba sedikit, secara tak langsung, ada yang dah kenal dan perasan perubahan serta kematangan kedewasaan aku.

Apa pun teman-teman. Ada perkara yang aku nak sampaikan.

Percayalah, walau kau taknak percaya, tetaplah percaya. Dalam dunia ni, ada jutaan pasangan ibu bapa malah mungkin lebih lagi. Tapi yang benar-benar ibu bapa kita sepasang cuma.

Dan sehebat mana kau cuba menafi, sesungguh mana kau cuba melawan takdir ini, kau tak akan pernah mampu. Sama sekali tidak.


Ibu bapa itulah yang dah bersusah payah membesarkan kita. Ibu bapa itulah yang telah bersengkang mata memastikan tidur kita lena. Ibu bapa itulah yang sedikit sekali kita tulus mendoakan mereka. Ibu bapa itulah yang gugur airmata dan peluhnya memastikan kecukupan kita. Dan ibu bapa itulah yang kita sering lupa kewujudan mereka.


Namun ibu bapa itulah yang tak pernah berkira untuk mendoakan, membelanjakan ratus ribu malah mungkin juta duit mereka buat kita. Asalkan tempat tidur kita selesa, asalkan perut kita tak tanggung lapar dahaga, asalkan wajah kita terhias senyum dan tawa. Lalu sedaya upaya mereka menyorokkan letih, jerih dan perih mereka agar kita tak terkena tempias gusar mereka.



///


Tahun satu Irsyad tidaklah seperti tahun satu teman-temannya yang lain. Ketika mana hampir semua teman-teman rapatnya ketika di sekolah satu masa dahulu berjaya mendapat tempat di universiti idaman mereka semua, dalam satu jurusan yang sama - aerospace engineering - yang sesungguhnya menjadi cita-cita Irsyad yang dah lama dipendam, Irsyad pula ke satu lagi universiti berprestij tinggi, dalam jurusan yang sedikit pun tidak diminatinya - perubatan.

Dulu mereka pernah berjanji untuk sama-sama ambil aerospace enginnering, malah Irsyad sendiri dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Tawaran daripada tiga universiti gergasi di tempatnya dan juga di Russia terpaksa ditolaknya kerana memenuhi permintaan dan harapan kedua ibu bapa.

Dua bulan pertama bukan mudah untuk Irsyad. Asal masuk kelas je dia zoned out. Keluar kelas tak faham apa-apa. Ujian pertama pun cukup-cukup makan saja dapat 60%, bukan yang tertinggi dan mujur saja bukan yang paling rendah.

Buat apa semua serba tak kena. Dia pelajar paling muda dalam kelas, jadi lebih kurang macam tak ada kawan saja. Pagi pergi kelas. Ada gap, dia lepak dengan teman rapatnya Qiden. Then masuk kelas semula, zoned out semula. Habis kelas, balik, tidur.

Permintaan ibu ayah bukan percuma. Irsyad seakan dibayar untuk ke sana. Ayah belikan telefon paling baru di pasaran, dengan jenama paling terkenal dengan overpriced yang tak tentu pasal. Ayah juga berjanji untuk belikan Irsyad sebuah kereta, minta saja kereta apa. Tapi dia perlu dapatkan lesen terlebih dahulu. Namun sesungguhnya Irsyad adalah makhluk paling malas dalam dunia.


Sebulan dia habiskan satu hingga dua ribu dirham hanya untuk berfoya-foya. Malah kadang-kadang lebih daripada itu.

Dan setiap bulan juga ayah masukkan duit ribu-ribu untuknya agar dia tak kelaparan, dan mudah untuk fokus dalam pelajaran.

Setahun pertama juga, Irsyad tak dibenarkan pulang walaupun rindunya pada rumah dan keselesaan membuak-buak.

Setakat duit masuk tu dia dah tak rasa apa-apa. Malahan semua teman-temannya tahu bapa Irsyad bukan orang biasa-biasa. Berduit juga bukan jenis biasa-biasa. Kalau keluar dan shopping tu memang confirm ada yang akan berseloroh "Rich people problem be like..." setiap kali Irsyad ingin membuat bayaran atau apa-apa.

Sampai satu malam, Irsyad tengah syok lepak shisha dengan kawan-kawan.

"Daddy dah masukkan duit tadi."

Dia dapat mesej daripada ibu.

"Oh okay ibu. Terima kasih." Dan dia matikan telefon. Dia taknak kecewakan ibu bapanya andai saja mereka tahu satu-satunya anak lelaki mereka di sini kerja menghabiskan setiap sen duit mereka untuk have fun and chill around semata-mata.

Tinggal lagi 22 hari sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Masih banyak yang Irsyad tak faham dan perlu belajar.

Dia check balance money dalam account.

AED 27, 550.30

Dengan satu nota ringkas, belajar elok-elok.

Terlepas paip shisha dari pegangannya. Biasanya ayah masukkan lima ribu sebulan, kali ini dia masukkan tujuh ribu.

Dia masih senyap. Entah macam mana tangannya godek-godek website tersebut. Dan terjumpa history sepanjang dia menggunakan account bank tersebut.

Minggu ini saja dia dah keluarkan hampir tiga ribu ringgit. Dilihat terus kebawah, kalau saja dia tak habiskan duit pada perkara sia-sia, tentu saja dalam simpanannya sudah mencecah 300 ribu ringgit sekarang.

Sangkanya dia menghabiskan duit ibu bapanya sebagai tanda protes kerana dipaksa belajar dalam bidang perubatan. Tak difikirkannya susah payah yuran 100 ribu setahun yang ditanggung bapanya bukan nilai kecil. Dan sudah tentu mereka berharapkan sesuatu yang Irsyad mampu.

Teguran kecil dari tuhan, sesungguhnya kesedaran itu bukan milik manusia. Maka bersyukurlah ketika dipinjamkan kesedaran.


Dia ambil telefon bimbit, dan hantar satu mesej pada ayah.

"Thanks daddy."

///


Cambiasa aku tulis sebab aku nak. Kalau taknak baca takpe sebab aku tak paksa. matmalam.

Wednesday, 26 October 2016

therant

sini


"Kau takkan mampu memberi jika kau tak punya apa-apa."

"Aku masih boleh berikan senyuman?" Katanya menafikan kata-kataku.

"Itu kerana..."

Dia tersengih sangkanya sudah menang dalam perdebatan kecil itu.

"Itu kerana kau masih punya senyuman. Maka bersyukurlah pada Tuhan." Aku berlalu pergi. 


Aku harap senyuman aku datang kembali, meski lagaknya ia sudah mati. Mengiringi pemergian dia yang aku rindukan.


Sudah-sudahlah berdebat denganku. Kerana kau takkan mampu melawan.

Walau kau rasa kau sudah menang, itu cuma rasa. Sedang kau cuma rasa yang kau sudah menang, aku yang hakikatnya menang. Senyapku tanda jawapan, bicaraku lafaz pendirian.



Akan datang satu masa bila yang kau tunggu itu takkan hadir lagi. Dan waktu itu baru kau tahu, rindu itu sebenarnya takkan mati. Meski kau sangka kau dah tak punya apa-apa rasa, hakikatnya sangkaan yang kau sangka itu juga sebuah rasa.

Dan sangkaku kau akan setia. Sangka aku wujudnya kata forever. Tapi aku lupa, kita bukan di syurga. Tapi di neraka berupa dunia. Harapnya keluar dari neraka ini aku kan tuju syurga. Kerana sungguh, neraka itu sebuah tempat seksaan yang aku yakin takkan mampu aku bertahan. Sedang neraka dunia juga sudah memeritkan.

By the way, tak cool pun mencarut. Aku mencarut tak apa. Aku memang cool sejak lahir.




Sunday, 12 June 2016

[ELEPHANT] IN THE ROOM

sini

Aku menulis sesuatu yang dah lama aku simpan dan pendam. Andai saja ini bakal mengundang cemuhan dan kejian, maafkan aku. Andai saja kau tak mampu terima informasi baru, tak perlulah teruskan membaca.

Aku sangat kagum bila tengok progres cyber preachers yang makin lama semakin matang. Makin lama semakin tahu bahawa tugas seorang yang menyeru itu adalah pada menyeru dan bukan menghukum.

Makin peka bahawa ujian kita semua berbeza.
Makin faham bahawa dosa kita tak sama, namun itu tak membuatkan kau ahli syurga dan aku ahli neraka.
Makin tahu bahawa Islam bukanlah medium untuk meraih keuntungan duniawi, bukan jua untuk meraih populariti sendiri.

Sangat mengagumkan dan aku sungguh-sungguh rasa bahawa kita dah capai satu muafakat bahawa aku boleh beritahu sesuatu yang aku sangat yakin ada yang dah tahu dan ada pula yang taknak tahu.

Mungkin ada yang dah pernah dengar satu pepatah inggeris yang berbunyi, "Elephant in the room".

Elephant in the room is an idiomatic expression that may apply to an obvious problem or risk no one wants to discuss.


Sepertimana ada yang diuji dengan harta, wanita dan pangkat, ada juga yang teruji dengan perasaan sendiri.

Selama beberapa belas tahun aku hidup, dah banyak aku menjadi saksi dalam sesi-sesi one to one dengan murabbi, selain daripada aku lihat sendiri banyak yang hadir dan tampil pada para 'agamawan' sama ada melalui media sosial atau berdepan, bahawa ada yang minta nasihat untuk orang yang tak pernah solat, nasihat untuk orang yang nak berhenti minum arak mahupun merokok, nasihat tentang cinta sebelum nikah, nasihat tentang cara menjaga mata dan nafsu, nasihat tentang itu dan ini. Pendek kata, punya banyak dosa dan rahsia yang mereka kongsi atas harapan mereka akan dibantu sampai kita-kita yang lagaknya pendakwah muda, fresh lagi bersih boleh guna prinsip ni, 'seribu satu dosa-dosamu, aku takkan judge. Kerana aku pendakwah, aku menyeru bukan menghukum. Aku hanya menyeru dan tugas syurga atau neraka itu biarlah Allah saja yang tentukan.'

Tapi ada satu perkara yang sangat jarang orang kongsi adalah bila ia melibatkan sesuatu yang taboo, yang sepertinya lebih memalukan dan lebih menghinakan daripada segala jenis dosa dalam dunia, yang terus dipulaukan dan dibiar sendirian sedangkan sering dibicarakan di mana-mana.

"Akhi, tolong aku, aku..."

"Enta kenapa?"

"Aku..."

"Apa dia, enta cakaplah. InsyaAllah ana akan tolong selagi mampu."

"Okey, tapi benda ni private sikit."


"Jangan risau. Kita kan dah janji nak masuk syurga sama-sama?"

"Macam ni... Aku sebenarnya."


Kau cuba bayang rasa dia bila nak buat pengakuan tentang satu perkara yang dah lebih satu dekad kau simpan sendiri.

"Aku gay."

You know what happened next? Beliau akan diamkan diri. Mungkin terkejut, mungkin entahlah.
Apatah lagi bila yang mengaku itu seorang penghafaz Al Quran tiga puluh juzuk, yang mengaku itu rupanya nampak suci dan baik walaupun sering digelar pretty boy sejak kecil. Tambah yang mengaku itu orang yang selalu bagi tazkirah-tazkirah dalam usrah, selalu diminta untuk jadi imam solat jemaah tak kira waktu.

[Diskleimer]

Ini bukan entri tentang Budak Tomato so bolehlah tenang-tenang. Sekalipun tentang beliau, mohon lagi sekali bertenang.

Dan untuk murabbi yang setia membantu, untuk bekas ketua usrah sewaktu di bangku sekolah dulu, moga entri ni menjadi sedikit sebanyak, sebagai pengubat rindu pada aku yang dah tak ikut usrah dan telah pun menjauh berjuta langkah dari kalian, yang dah menyepi tanpa khabar (walaupun aku tahu segala catatan, tweet, tulisan aku masih terus kalian baca)



Lalu yang pada awalnya minta untuk ditolong, kau menjauh. Bukan apa, kau takut dia jatuh hati pada kau pulak! Padahal bila nak minta tolong dengan yang berlawanan jantina, nanti berderu lah teguran para 'penyebar risalah' ni kata "Eh sengaja lah tu nak minta tolong dengan yang berlainan jantina!" "Dah takde lelaki lain dalam dunia yang soleh yang kau boleh minta tolong?" "Cara baru nak rapat dengan akhawat ke?" dan banyak lagi.

Jangan risau, tak semua pendakwah begitu. Aku yakin.

Tak kurang juga yang mempersoal, "Kenapa kau pilih jalan hidup begitu?"

"Kenapa kau tak berubah je?"

"Ramai kot perempuan dalam dunia, cari jelah yang kau suka."

"Kau tak pernah dengar pasal kaum Nabi Luth ke?"

Itu tak kira berjuta jenis cacian dan makian. Itu belum masuk yang terus automatik pandang hina. Itu tak kurang juga pada yang suruh orang lain berhati-hati bila duduk sekali dengan orang yang diuji begini.


Bagi hujah agama, keluarkan semua ayat Quran bahawa Allah laknat orang-orang yang begini.

Aku tak menyokong, tak pula menolak. Ada manusia yang dalam hidupnya, Allah uji untuk lebih ke arah gender sendiri. Sepertimana ada yang Allah uji tak mampu bendung perasaannya pada wanita-wanita, sepertimana ada yang Allah uji tak mampu tinggalkan rokok dan dadah, sepertimana Allah uji untuk merasakan diri mulia hanya kerana cebisan-cebisan ilmu agama di dada.


Nak kira kawan aku yang diuji begini rasanya lebih banyak daripada jari untuk dihitung, tak cukup dengan jari jemari tangan dan kaki aku, digabungkan dengan jari teman-teman juga masih banyak lagi bilangannya.

Satu hari kawan rapat aku yang pada aku hantar gambar ni pada aku, gambar yang beliau dapat daripada buku Tarbiah Sentap, dan mulai saat itu, massive respect untuk penulis tarbiah sentap yang satu itu, sebab membuat keyakinan aku berganda, bahawa masih ada lagi pendakwah alaf baru yang memahami.


Aku yakin, Allah tak menghukum kita kerana perasaan kita. Sepertimana ada yang benar-benar cuba mengawal dan melawan rasa untuk bercinta sebelum nikah. Aku yakin, Allah tak zalim untuk menghumban seseorang ke dalam neraka hanya kerana mereka tertakdir untuk punya 'rasa'.

Walaupun ramai yang datang pada aku dan kata, "Kau hafaz Quran, takkan kau tak pernah baca pasal kisah Nabi Luth?"

Tak kurang juga ramai yang hilang tsiqah pada aku kerana pernah membangkitkan isu ini. 

Tapi aku masih kurang faham, sedangkan tertulis di banyak halaman bahawa yang Allah benci itu pada yang namanya PERBUATAN dan bukan pula PERASAAN.

Tapi yang kita faham, untuk merasa sebegitu saja sudah terus digelar bakal ahli neraka, tak takut neraka, kebal neraka dan sejuta satu lagi tuduhan nista dan jijik yang kau lontarkan pada yang merasa.

Moga-moga, amalan rahsia yang kau lakukan saban malam tu mampu selamatkan kau dari neraka akibat mulut kau yang boleh tahan jugak power dia.



Untuk yang diuji sebegini, aku tahu sukarnya untuk berubah. Sepertimana tak mudah untuk melakukan apa-apa jenis perubahan dalam dunia.

Kau tak keseorangan, tapi tak pula bermakna kau akhirnya bebas melakukan sesuka hati. Tak sama sekali.

Ambil iktibar dari kisah kaum Nabi Luth. Fokuskan pada mengabdi diri pada Allah. Tak perlu dilayan perasaan-perasaan begitu. Tak perlu kau luah pada sesiapa melainkan Allah, sebab dunia ni dah cukup hina dan ditambah dengan penghinaan yang bakal kau terima jika kau luahkan.

Kalau tak mampu ubah perasaan sendiri, teruskan ibadah-ibadah lain, teruskan hidup dalam ketaatan. Teruskan berdoa agar diberi hidayah dan dimudahkan urusan.

Untuk murabbi yang aku pernah tinggalkan, moga-moga luahan aku ni sedikit sebanyak menggaris sebab untuk kenapa aku pergi. Terima kasih kerana terus berpegang pada janji, yang masih sudi mendoakan dan turut bantu walaupun pada hakikatnya aku sendiri tawar hati.

Sekian.

Thursday, 26 May 2016

Hm!

sini

Adalah sudah ditakdirkan dalam suratan kehidupan kita bahawa pada tarikh ini, pada masa ini. Aku menulis lagi. Dan takdirnya juga kau yang masih sudi baca coretan sampah yang aku lakarkan pada kanvas sepi berlatar-belakangkan putih-putih sunyi, yang tak suci. Hahahaha aduh merepek.

Itulah dah berapa hari aku terpaksa tangguhkan niat nak update blog. Ini semua disebabkan gangguan-gangguan besar macam game baru download, orang ajak match dan sebagainya so setiap kali on laptop je (TER)buka Dota 2, bila tutup laptop, sambung game Invokers Tournament dekat PSVita. Sesungguhnya aku cumalah manusia yang selalu gagal dengan ujian-ujian besar ni.

Yele aku stop merepek.

Ingat macam sebab recently (dan daripada tahun-tahun lepas lagi), orang selalu tanya aku, apa pandangan aku terhadap niqabis. Alaa orang yang tutup-tutup muka tu.

Pandangan aku terhadap mereka adalah pandangan yang ditundukkan. Kelakar tak? Hahaha k paham aku memang hambar.

Benda aku paling tak faham dengan mentaliti kebanyakan masyarakat ni kenapa orang selalu nak mencari kesalahan ninja niqabis ni. Bukan apa, orang tanya aku. Apa pendapat aku bila tengok niqabis ni selfie. Aku ni kalau boleh memang suka tunjuk pandai dan nak jawab semua soalan acah-acah ulamak hebat HAHAHAHA tapi aku tahu keterbatasan ilmu aku. Dan paling terbatas sekali adalah aku tak hidup dalam kalangan niqabis yang selfie lalu upload gambar. Sekalipun orang kata banyak dekat internet diorang ni upload apa semua, aku memang tak nampak. Maksudnya aku memang tak tahulah aku ni tak alert ke, mata aku terus tembus nampak muka dia ke, aku jenis mudah lupa ke atau memang aku tak ingat langsung ada niqabis yang selfie. Maybe ada nampak tapi sesungguhnya aku betul-betul lupa tanpa sebarang kepura-puraan lagi dalam pengakuan aku ni.

[Amaran: Kalau rasa jenis mudah terasa jangan teruskan baca]

Apa lagi sebenarnya aku nak cakap. Aku kalau nak menulis memang takde idea. So aku merepek jelah cakap apa benda then orang cakap baca tulisan aku macam aku tengah sembang dengan dia. Padahal aku tengah tak tahu nak tulis apa. Hahaha!

Alright.

Satu lagi perkara yang aku tak faham dengan hoooman nowadays adalah bila self-proclaimed pendakwah yang muda-muda ni macam cepat bebenor nak rasa yang orang jatuhkan dia. 

Aku cuba elak daripada menjadi terlalu arrogant dalam menulis espesyeli bab komen-komen ni sebab sekali one day kena kat diri sendiri baru padan muka.

Apa pun, moga Allah berikan yang terbaik dalam hidup kita.

Balik semula dekat topik tadi. Tapi aku nak rephrase semula.

Pada aku, yes, kita perlu sampaikan ilmu sebab apa guna berilmu tapi tak dikongsi kan? Tapi kan, kan, kan. Apa guna berilmu tapi tak amal? Aku tanya je ni, siap tengok cermin lagi. Sebab iyelah sekarang kalau kita tegur orang sikiiiiit je pun, memang akan backfired. Mulalah orang mencari tempang, cacat kita dalam kesempurnaan luaran yang penat-penat kita cover. Macam dah jadi trend, nak tegur most "pendakwah siber" ni procedure dia bukan main lengthy.

Betul, aku setuju. Menegur kena ada cara. Kena tegur secara rahsia. Sebab tegur secara terbuka tu equation dia sama macam menjatuhkan orang tersebut. Tapi kaaaaan. Kenapa dia boleh pulak tegur openly.

Ye ye aku masih tengok cermin.


Ingat lagi Teme bagitau haritu. (Yaaass terima kasih teme sebab came to the rescue dengan segera!)



Aku ni bukan rilijes. Apatah lagi hebat beragama. Aku bukan jugak yang memang jenis hafal kitab apa semua. Jadi ilmu aku terbatas. K aku rasa dah lari topik.


Tambah sikit lah nak conclude je ni.

Akhir kalam yang hina ni biarlah aku kongsikan sesuatu.

Nak menyampaikan ilmu ni pertama, kita kena berilmu. Nak berilmu ni kena berguru. Guru tu kalau boleh bukan google. Sampai bila nak mengharapkan google semata?!

Kedua, takde masalah untuk berdakwah. Tambah pulak sekarang kalau nak followers ramai dengan cara cepat adalah dengan tweet agama, selain daripada tweet cinta. HAHAHA! Tapi agama tu bukan pada twitter. Bukan pada profile picture berserban, berjubah atau berpurdah. Agama tu sebarnya bukan pada c/p tweet orang-orang yang memang berilmu. Agama tu bukan pada kuatnya ingatan kita pada Allah waktu online semata.

Andai yang dicari tu pujaan manusia, firaun pun orang puja. Andai yang terasa indah tu pujian manusia, kapal titanic yang besar, megah dan indah, sering dipuji-sanjung pun boleh karam.  Andai yang dicari dalam dakwah tu tentang cinta dan jodoh, taknak ke try cari cinta si pencipta jodoh dan cinta?

Aku bukannya benci. Aku tegur sebab sayang. Dan aku berharap agar kita semua menegur sebab sayang. Balik semula macam masa kecil dulu bila mak ayah tegur itu ini, teguran mereka sebab sayang. Cikgu rotan, cikgu tarik sideburn dan cikgu sebat belakang badan sampai berbekas, kena tidur meniarap just because tak dapat ulang hafazan, itu sebab cikgu nak serapkan Quran tu bukan setakat di bibir, tapi di hati, sebab apa-apa yang berada di hati tu akan ter-refleks pada tuan punya hati. Pada akhlak.

Memang aku ni jauh dari sempurna. Iyalah, sejak aku tweet merepek ni ramai jugaklah aku tengok yang dulu-dulu ni sama-sama kata kita bergerak dalam gerabak dakwah ni tinggalkan aku. Not just that, siap mengata belakang hahahaha ala cedih.

Tapi itulah. Aku cuma mengharapkan agar kita sesama manusia ni hidup secara harmoni. Tak payahlah sesama "public figure" ni nak gaduh-gaduh. Aku takpe, aku bukan public figure hahahah k sekian.

Aku tegur sebab sayang. Kalau aku benci, aku tegur cara lain. Hahaha kemain mudah betul  terhibur sekarang.

Okay, okay. Sekian.
Adios x.

Tuesday, 10 May 2016

M-A-R-A-H-A-R-A-M

SINI

[TAJUK TAK ADA KAITAN  DENGAN ENTRI. KONONNYA.]

Tadi sambil jalan-jalan dengan Mama, wanita yang tak pernah sekali tinggalkan aku, be it waktu aku berada di bawah, atau ketika aku di atas. Waktu aku jatuh, dan juga waktu aku berlari. Tak pernah sekali beliau tinggalkan aku. Walaupun dah banyak kali abah pesan, "Awak dah besar dah tak payah lah nak manja-manja dengan mama tu."

Tapi dia lah wanita pertama dalam hidup aku yang aku tahu, takkan pernah berhenti menyayangi dan mencintai, mendidik dan tak kan pernah sekali terhenti kesabarannya untuk aku.

Again, ini bukan entri dedikasi hari ibu.

Aku keluar dengan mama, teman ke sana ke sini, hatta ke kolej bahagian administration juga aku bersama mama. Peduli pulak aku pada mata-mata yang pandang sinis, sekurang-kurangnya aku berharap takkan ada penyesalan andai nyawa yang terpinjam ini mesti dipulangkan satu masa nanti.

Moga-moga Tuhan menjadi saksi hidup aku berbakti pada Mama dan Abah sepenuh hati. Moga-moga, usaha kecil ini menjadi asbab pintu syurga terbuka.


Sekian, sekian tentang mama.


Dalam hidup ni tak ternafi banyak penyesalan, walau dalamnya juga banyak pilihan. Seringkali pilihan aku tersilap, langkah aku tempang, keputusan aku cacat. Tapi aku yakin, Allah bukan saja-saja letak aku dalam kesusahan dan kesukaran melainkan untuk membina.

Iyalah, kita pun nak jadi doktor (boleh letak profesyen masing-masing) bukan dengan belajar satu hari. Even Rome wasn't built in a day! Inikan pula nak jadi mukmin sejati.

Sesungguhnya aku percaya, sejahat-jahat manusia itu adanya fitrah kebaikan. Sesungguhnya aku yakin, lemahnya manusia itu sebab Allah sedang menguji di titik kelemahan kita, quote Muharikah.


Kisahnya tajuk blog aku terdiri daripada huruf yang berulang-ulang dengan sambungan satu huruf.

Waktu tengah sibuk-sibuk benda apa lah aku nak tulis, aku terlintas pada satu rasa. Rasa kesal, rasa sesal. Tapi harusnya kena kembali yakin bahawa tidak Allah jadikan sesuatu perkara melainkan untuk mendidik.

Belum masuk point penting lagi ni.

Jadi kiranya tadi aku sedang sibuk-sibuk jumble word "Marah" lalu aku cuba baca dari belakang (secara peribadinya aku memang suka baca terbalik, tak tahulah it's a curse or a bless, or probably mixed blessings)

Lalu selepas aku baca secara terbalik, aku dapati word "marah" kalau diterbalikkan jadi "haram" jadi itulah kenapa aku letak title tersebut sebab pada akhirnya rants kita mana bertajuk, kita kan random? Ahahah!


///


Been getting these comments like "Mato kau dah berubah laaaahhh!"

Isn't that normal? Gaaaahhh. We don't stay the same all the time.


///


Remember when we're all still so weak and vulnerable? Here take this Troye Sivan's quote.

"No, don't give it up just yet. Stay grand for one more minute."


///


Orang cuma boleh jatuhkan kita bila kita berada di atas. Sebab kalau kita di bawah nak jatuh macam mana, kan? Haaa. So do not worry a thing when you feel low or oppressed. Allah created us for a reason, and that reason is to worship Him, not to worship this world.

Semalam aku came across satu tweet ni. Tak sempat tengok siapa yang tweet, baca sekali je. Bunyi dia lebih kurang macam ni.

"Dunia ni hina, sebab itu orang yang mulia takkan aman di dalamnya. Abu Bakar diracun, Umar ditikam, Uthman dikelar dan Ali ditetak."

Moga Allah berkati tuan punya tweet yang menyurutkan rasa gusarnya hidup.


Don't get carried away with your problems. Allah won't burden you to the extent you can't hold it no more.

Peace be upon you.

Sunday, 24 April 2016

Greetings, greetings.

tell me i drew it nice. tell me. tell me. lol k.


Pukul 4:45 pagi. Ramai yang dah penuhkan surau, sandar di dinding belakang. Azan subuh dah berlalu lima belas minit tadi.

"When are we gonna pray?" Seorang junior tanya aku. Aku capai telefon bimbit untuk tengok jam, "Let's wait another minute for Fahd." Aku senyum pandang adik tadi yang masih cuba tahan mengantuk.

Biasanya di masjid-masjid dan surau sekitar negeri ni, tunggu sampai setengah jam selepas azan untuk mula solat. Aku capai kain pelikat yang  aku sangkut di bahu, saja taknak pakai awal-awal. Simpan telefon bimbit dalam kocek seluar paras bawah lutut warna kelabu yang memang sedia tersarung, dipadankan dengan jersey Arsenal lengan panjang.

Fahd tergesa-gesa masuk dalam surau, tak sempat aku ke saf depan, dah terdengar suara orang iqamah.

Fahd, you're definitely dead. Dah la aku memang sengaja tunggu dia sebab kita semua dah buat deal, siapa lambat jadi imam. Practically applied for subuh.

Aku masuk ke bahagian imam. Sebelum sempat Fahd ke saf pertama, aku libas dia pakai kain pelikat sekali. Tak ada lah kuat pun, setakat pukul manja-manja gituu. Dia ketawa perlahan. Sempat dia bisik di telinga aku, "Recite the shortest surah, or anything but just two ayaah. Not more." Budak ni aku piat telinga nanti baru tahu. Lagi seorang di saf pertama minta aku baca surah Al 'Asr dan surah Al Kauthar.

Aku julingkan mata ke atas dengan permintaan mereka. Ambil masa beberapa saat sebelum takbiratul ihram memecah hening pagi.

Bacaan surah Ad Dhuha dan Asy Syarh (Al Insyirah) memenuhi ruang asrama syabab bangunan A, Shaariqa University.


Selesai solat, mereka semua kembali ke bilik masing-masing, dan aku masih duduk di situ. Mengantuk tapi esok nak exam. Aku hantar mesej pada Khalifa, "Nerve-wrecking."

Selang beberapa minit, "Trust me, you're not alone."

Aku terus bangun, masuk bilik. Aadil dah selamat tidur dalam timbunan kertas, nota whatsoever aku tak tahu sangat life student engineering ni.

Baring atas katil. You have the sweetest smile I've ever seen. Aku sengih sendiri tengok gambar beliau front camera.

Tak sedar, dah tertidur sampai pukul 9 pagi. Alhamdulillah takde kelas. Capai tuala, mandi. Another great day it should be.


***

"My patient died today."

My patience, too.

Okay just kidding. It just happened that I love pun, because it's fun. Lol.

***

Aku nak kena sambung study tapi kita kena selit-selit sikit ibrah (pengajaran) dalam tulisan sebab iyalah orang selalu relate aku dengan Islamic stuff kan.

Alright, alright.

Here, to those yang tak kenal aku lagi. I won't let you stay there hanging.

1. Yes, I am always on twitter when I'm free or when I do feel like tweeting. When I'm not around, it's simply because I probably busy or I don't know, lost, perhaps.

2. I've been using sweet words and everything ever since I started. I know not about futur or not-islamic-enough

3. Yes, I am the author of ESC. Feel free to get a copy or two. Or more. But remember, don't membazir.

4. I'm sorry if by mistake I didn't see or reply to your emails, private messages, mentions et cetera although some might be labelled as 'seen'. It's probably from someone else who by chance, opened it and forgot to tell me.

5. It's okay if you don't like me, I need new haters anyway. The old one became my fans instead. Ahah, jk. Spill it out if we have disagreements anywhere. I probably couldn't see my mistakes w/o you pointing them out.

6. Peace be upon you.

If by chance you need a quick view or feedback from me, do send me a DM on my instagram message; thelostsiv

***

in a way, let's get this straight. i just want to tell you that insyaAllah, for another time being, i probably gonna start updating this very blog again. let time decide what's gonna happen next.

and for those who still remember, alhamdulillah. so far, my health is doing great. thanks for the prayers and support. in return, i'll give something very precious of mine to you.

my presence. HAHAHA! God I'm so funny.
K whatever.

In return, I'll keep that as a secret still. Until the right time comes. InsyaAllah.

Lots of love, Mato.


(Oh yes, I would like to know if I should change my header, blogskin or anything? Or shouldn't I?)

Wednesday, 17 February 2016

walkway

sini


Keluar dari dewan peperiksaan, Chad terus bersegera untuk ke masjid. Dah nak masuk asar, dia masih belum solat zohor.

"Man, I feel like shit."

"That's not an exam at all, that was a mental torture."


"I don't know if I did good."

Suara-suara latar dari keluhan pelajar dibiar. Masih ada masa untuk solat.

//

Selesai solat, Chad duduk bertafakur sendiri. Exam tadi susah, tapi dia dah buat yang terbaik.

Tazkirah daripada pensyarah dari fakulti deeniyyah (agama), Chad termenung dari jauh. Dia tak rasa nak mendekat, tak terasa nak menjauh. Dari kedudukannya dia mampu dengar.


Hanyut dalam lautan penuh ketenangan. Dibawa arus ombak. Bait-bait lafaz dari Dr Nuruddin tentang kondisi hati menurut Ibn Qayyim terasa meresap.

Kalam ilmu para ulamak sesungguhnya tak pernah menyesakkan.

"Hati yang mati, yang tak mengenal siapa Tuhannya, yang merasa lapang dalam melakukan dosa, yang membenci atau mencinta kerana menurut hawa nafsunya."

Chad mengangguk memahami.

"Maka bersyukurlah ketika diberi nikmat dan istighfarlah kerana istighfar itu pembuka kepada segala kemudahan dan kesenangan."

Peka. Tak terlepas walau sepatah perkataan.

"Tetaplah merendah hati dan jangan sangka kejayaan itu sesuatu yang datang tanpa bantuan Tuhanmu."

Baik.

"Dan kondisi bagi hati yang sakit itu pula, adalah seperti hati yang hidup namun hidupnya dalam kecacatan. Serba tak kena, malahan sering tak sempurna."

Faham,

"Hati yang jika dirawat, dengan izin Allah mampu sihat. Namun jika dibiar, ia bisa membawa kepada kehancuran. Kehancuran ruhi dan jasadi."

Chad bangun. Keluar dari ruang solat, hendak cari makanan.


Eh, itukan...

"Salaam alaykum." Chad menyapa. Sesaat wanita di depannya menoleh.

"Alaykum salaam. Shu salfa?" What's the matter?, she asked.

"Nothing, I think I often see you in the library."

"Oh..."

"Often more around this mosque," Tambah Chad.

"I'm sorry sir, but I have class to attend at 4."

Chad tengok jam. Ada lagi sejam setengah.

"Alright. Anyway, today is my last day here. See you on my graduation day, inshaAllah."

"Sir, I barely know you." Suara wanita itu berlagu ragu.

"People call me Chad, but you can call me..."

"...?"

"Yours."

Chad hulur sehelai nota kecil sebelum dia minta diri untuk pergi.



Haseef Irsyad.
044982102*
Faculty of Medicine.

p/s: see you on my graduation day, bring your wali too. I'll be waiting.



Tuesday, 26 January 2016

Yang Melihat Dan Yang Merasa

sini

Ini gaya orang tengah study untuk final exam.

Ok main je.

Side by side dengan study, aku jeling-jeling laptop dekat sebelah. Harini dari pukul 4 pagi tadi sampai 7 petang tak bertegur langsung dengan Raudah. Balik rumah dalam pukul 7 petang, Raudhah takde, ada usrah. Dia balik rumah lewat dalam pukul 10 malam.

Fitrahnya bila orang selalu kata, jangan kahwin dengan lelaki yang tak hidup dalam jemaah, sebab biasanya ramai akhawat yang 'hilang' lepas kahwin, aku taknak halang dia. Aku berkongsi Raudah dengan masyarakat dan agama. Pagi dia doktor, malam dia dengan usrahnya. Aku pun layan perasaan sorang-sorang. Selitkan masa sebagai pelajar dan juga bakal neurosurgeon, dan sebagai penulis separuh masa, dan juga gamer sepenuh masa.


Jeling sekilas pada jasad si isteri yang dah dibuai lena. Aku tengok jam, pukul 2 pagi. Sejak pagi kami tak bertegur (disebabkan kesibukan aku yang terlalu melampau), masa dia tengah usrah aku hantar satu mesej penuh cinta sampai dia terasa kot. Dia bagi setepek ayat dekat aku, lembut tapi pedas. Bila dia balik tadi aku layan nak taknak je. Pandang taknak, sembang taknak. Dia share pengisian dalam usrah tadi pun aku buat pekak. Merajuk kononnya.

Akhirnya dia pilih untuk tidur jelah.

Masih sukar dan samar-samar lagi di mana 'indah'nya nikah muda. Mungkin beza usia kami yang agak jauh buatkan selalu berselisih faham. Hampir setiap hari ada je benda yang tak kena. Tapi disebabkan mungkin harini aku malas nak gaduh, dan dia pun dah penat seharian busy, dia pilih katil dari aku. (Memang selalunya katil menang pun.)



Teringat satu perbualan aku dengan dia tempoh hari.

"Kenapa ramai sangat yang minat dengan awak?" Mencebik Raudah skrol twitter dan askfm aku. Aku pandang dia.

"Sebab saya penyayang, come on?"

Julingkan mata ke atas. Raudah masih tak puas hati. "Celah mana yang penyayang?"

Aku teruskan main game. Biar dia bebel sorang-sorang.

Tak sedar dah berapa banyak dia bersyarah, "Kalau dah dapat game tu tak ingat dah nak hidup."

Aku toleh ke arah dia semula. "Apa?" Sambil jari aku tekan butang pause.

"Hm takde apa lah." Raudah terus pergi, aku sambung main game. Peduli pulak aku dia nak merajuk.

Tak lama lepas tu dia datang balik. "Dah habis merajuk?" Tak menoleh, aku tanya.

"Dah." Sepatah jawapan Raudah, sambil letakkan segelas air sebelah aku.

"Orang ingat senang agaknya nak jadi isteri kepada Encik Talhah ni." Aku sengih dengar statement Raudah.

"Padahal nak jadi isteri si Talhah ni perlukan kesabaran 10 wanita dalam dunia."

"10 je?" Aku masih sengih.

Tak pasal-pasal hinggap satu cubitan dekat lengan. Raudah sambung bebel. Aku dah memang lost dalam game. Tak kisahlah dia cakap apa pun, lain kali boleh dengar lagi. Dia ni bukannya boleh berhenti bercakap.



///

Bila difikirkan balik kata-kata Raudah, aku jadi terfikir dalam-dalam punya.

Ramai yang kata dah bersedia nak kahwin, sedangkan alam perkahwinan bukanlah alam novel-novel cinta di mana si lelaki ni sweet macam gula-gula kapas. Si lelaki ni boleh jadi diluarnya nampak berkarisma dan good looking. Nampak reti bawa diri, reti berdikari.

Hakikatnya, kemas katil pun malas. Nak mandi pun kena suruh dua puluh, tiga puluh kali baru gerak. Kalau tak hadap jela depan game tu. Seluar untuk pergi kerja esok pun takde lagi, semua tak basuh lagi. Keras kepala, tak boleh toleransi, rasa diri je betul.

Kadang apa yang kita rasa dah sedia tu sebenarnya jauh dari sangkaan kita.

Perkahwinan ni bukan sesuatu yang indah dan penuh gula saja. Ada masa cili, ada masa tomato. Ada masa sayur, ada masa buah. Ada masa garam, ada masa ammonia.

Tapi selagi mana kita benar-benar yakin dengan janji Allah, insyaAllah kita mampu harungi let it be hell or high water.

Tak perlu nak relationship goal sangat nak travel satu dunia, nak makan mewah-mewah, nak pakai pakaian harga ribu-ribu tapi pakai sekali je sebab taknak nanti malu kawan nampak kita pakai baju sama lagi.

Perkahwinan ni bukanlah something yang easy. Dengan egonya lagi, dengan keras kepalanya lagi.

Benarlah, yang melihat kita as outsiders takkan sama rasanya dengan yang memilih untuk berkongsi hidup dengan kita. Orang mungkin sanjung kehebatan dan kepetahan kita, tapi cuma dia saja yang rasa betapa peritnya membina sabar melayar bahtera ini dengan kita.

Raudah, semoga tabah ya?

Salam tak berapa sayang dari suami kacakmu,
Talhah.

Saturday, 23 January 2016

Aku Ingat Lagi Laaaahh

sini

"Qideeeeen!" Suasana hening subuh terganggu dengan jeritan suara Chad.

Qiden menoleh. Jari telunjuk diletak rapat ke bibir. "Diamlah wei."

"NAQIUDDIN WAFIYYY!!!" Lagi sekali Chad jerit nama Qiden. Qiden bengang, sweater ditanggalkan dari tubuh, dibalut muka Chad guna sweaternya.

"Tak paham ke aku kata senyap. Kau nak kejut semua orang ke?"

Irsyad ketawa. "Yelah, yelah. Lemas lah aku macam ni woi. Kalau wangi takpe jugak."

Qiden julingkan mata ke atas. "Aku bukan macam kau, tak reti basuh baju."


Perjalanan ke masjid terasa nyaman.

Selang seli mereka baca surah Taha.

Sampai ke ayat 29, Qiden baca.

"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Lengan kirinya memaut erat bahu Chad. Chad sambung ayat 30.

"Iaitu Harun saudaraku."

Terasa sebak menyulubungi suasana gelap pagi yang masih belum menampakkan sinaran cahaya matahari.

Qiden diam. Chad sambung lagi, ayat 31.

"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku."

"Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku."

"Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu."

Sampai ayat 34, Chad pandang Qiden.

"Qiden, kau Harun aku."


Qiden tertunduk bisu. Mengangguk tanpa bersuara. Impak Al Quran benar-benar menembus dada. Sungguh Al Quran itu sungguh luar biasa. Melembutkan hati yang keras. Mengubat hati yang luka. Merawat hati yang duka. Mengikat hati dua saudara.




Azan subuh berkumandang menembus angkasa. Menyeru manusia yang masih terbuai mimpi, masih diulit lena.

Mereka masuk ke perkarangan masjid. Kasut diletakkan di tepi. Dua pemuda berjubah itu masuk ke dalam masjid.




Selesai solat subuh dan bacaan mathurat, mereka berdua bergerak pulang, untuk bersiap sedia ke kelas.

Qiden berjubah coklat gelap. Chad berjubah kelabu cerah. Mereka berjalan seiringan.

"Chad, aku rasa aku tak dapat ke kelas kot pagi ni."

"Kenapa?"

Qiden senyum. "Ada panggilan lebih penting."

"Gediklah kau." Chad siku perut Qiden perlahan. Mereka ketawa.



Selepas selesai bersiap, jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Qiden ajak Chad pergi rooftop. Breakfast sama-sama, macam biasa.

"Jom lah ambil udara segar."

"Yelah, yelah. Kau ni perangai pelik semacam macam dah nak mati je." Chad membebel sambil kakinya menurut langkah Qiden ke rooftop rumah mereka.

Qiden senyum. Aku mimpi, kau yang mati.

Dia diam tak membalas kata-kata Chad. Sampai di rooftop, mereka makan shawarma yang masih panas yang dibeli sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.




"Weh cepatlah dah lewat!" Chad berlari. Qiden tarik lengan Chad, "Slowly lah."

Bukannya lewat sangat. Belum pukul 7:50 lagi. Baru pukul 7:45. Kelas pukul 8.

Qiden dah selamat lintas jalan. Chad yang tiba-tiba tercicir pen patah balik untuk kutip pennya yang terjatuh tadi. Belum sempat semua perkara berlaku, sebuah kereta laju memecut.

Masa ibarat terhenti, Qiden segera tarik baju Chad, membuatkan tubuh kurus Chad tercampak ke tepi. Tapi Qiden tak sempat mengelak. Kepalanya terhentak atas jalan, sebelum kedengaran satu dentuman kuat.

Berlumuran darah atas jalan. Pakaian Qiden basah, merah. Bibirnya bergerak-gerak mengucap sesuatu. Chad peluk tubuh Qiden, membuatkan bajunya turut berdarah. Seluruh tangannya juga berlumuran darah.

Chad rapatkan telinganya ke bibir Qiden.

"Waj 'alli waziirammin ahli."

"Haaruna akhi."

"Usydud bihiii azri."

"Wa asyrikhu fii amri."

"Kai nusabbihaka kasiira."

Bacaan surah taha pagi tadi diulang lagi. Dibacakan di telinga Chad. Sebelum dia melafazkan Laa ilaaha illallaah.

Dan hembusannya yang terakhir pergi bersama tiupan angin pagi Jumaat itu.

Meninggalkan Chad kesepian, belajar hidup bergantung sepenuhnya pada Tuhan.



///


Dan kisah itu tak pernah mati. Selagi aku masih bernafas, selagi itu akan aku imbas. Selagi itu akan aku ulang cerita. Selagi itu doa untukmu tak henti aku kirimkan. Selagi itu janji aku untuk menjadi Musamu aku teruskan.

Sungguh benar, ada cerita cinta yang tak terungkap. Betapa besarnya cinta Dia kepadamu sehingga kau dipanggil dulu. Dan sungguh besarnya cinta Dia padaku, memberi peluang untuk aku menyalur hadiah buatmu selalu.

Qiden, aku ingat lagi lah kisah cerita kita.

Tak pernah sesaat aku lupa.


Genap empat tahun kau pergi. Tenanglah kau di sana, bersama bait-bait doa aku hadiahkan.

Untunglah kau, dah dapat berehat dulu.



sini


Thursday, 21 January 2016

Cara Belajar 1.0




sini



Okey, okey.

Aku ingat lepas kelas malam ni nak balik rumah ambil buku-buku nota aku masa muda-muda dulu. (baca: waktu sekolah). Tapi since nak cari gap between masa-masa sibuk ni sangatlah terhad. Tak kiralah weekend ke weekdays ke sama je.


Alright berbalik pada topik asal, pagi tadi aku macam terasa nak jengah blog ni tengok dekat shoutbox. Mashallaaa terkejudd ana tengok ada request nak minta bagi tips belajar.

I don't know how to begin, tapi dah orang tanya so sedikit sebanyak aku rasa obligated jugaklah untuk jawab.

Tambah soalan tersebut secara tak langsung mengetuk bukan saja minda separa sedar aku, malahan dia juga ketuk rasionalisasi aku dalam berfikir. Buat aku throwback jauuuhh sampai ke waktu aku masih di bangku, lantai, kerusi dan padang sekolah suatu masa yang takdelah jauh mana tapi jauh jugaklah tapi dekat juga.


Jadi lepas beberapa jam dalam kelas harini soalan retorik itu bermain-main tali skipping dalam otak aku, aku ambil satu momen berharga untuk ajukan soalan tersebut kepada dua kawan karib aku yang sama-sama membesar, berprogram, jaulah, mandi pantai, berehat-rehat di hotel mewah dan bersusah-susah stay up berjam-jam, dan masih lagi sekelas dengan aku sampai sekarang.


So kisahnya bermula begini.

"Evan, Schuyler (sebut: Skai-ler), I have something to ask," Aku buat muka serius, pandang kawan-kawan aku yang seorang sentiasa berkulit sejuk dan terlalu cerah macam tak ada melanin, dan satu lagi yang berambut warna hitam (bukan warna asal) dengan sedikit cebisan warna kelabu dan turquoise,

"Yeah man, whaddup?" Evan, si makhluk berambut warna-warna bagi respon. Schuyler (atau lebih sering dipanggil Sky), pandang aku penuh tanda tanya.

"Ok see, this morning I saw a request on my blog on how I study."

Sumpah habis je aku cakap tu Sky gelak terbahak-bahak macam dah takkan ada lagi hari esok. Evan pulak tercengang pandang aku tak berkelip.

Dah agak dah. Dah agak sangat dah. 


Kisah dia sekarang ni, aku ni bukanlah sejenis ciptaan yang suka belajar. Aku lagi prefer habiskan masa-masa lapang aku menonton kartun, main game, main skateboard, dan paling best, buang masa.



Tapi macam yang aku kata tadi, dah ditanya aku kenalah jawab. So aku korek-korek kotak memori aku sampai ke satu tempoh paling lama dalam sejarah. Gagal demi gagal, aku bukanlah top student, jauh lagi nak sampai level genius, apatah lagi gifted.

Macam rata-rata kanak-kanak seusia aku waktu tu (sampai sekarang), akulah entiti paling pemalaaasss dalam sejarah dunia, cuma tak pernah masuk buku sejarah je. buku sejarah pun tak masuk dalam hidup aku.


Hari berganti bulan berganti tahun berganti dekad. Terlalu banyak kegagalan sampai aku rasa biar aku tulis serba sikit kegagalan aku dalam exam sepanjang sekolah rendah (I'm sorry bro, sis. Blog ni bukan dibaca oleh student uni saja, tapi dibaca juga oleh adik-adik yang masih bersekolah, so kita kena guna slow pace lah ye?)

Aku memang bukanlah seorang yang hebat dalam bidang agama. Jadi kisah dia, satu subjek yang aku kira tak pernah lulus sejak first time aku belajar is tajwid. Subjek tajwid dengan aku macam ada satu magnet yang menolak. First attempt (darjah 4), aku dapat 9%. Second attempt (darjah 5), aku dapat 14%, dan third attempt (darjah 6), aku dapat 48%. Akhir sekali bila dapat result PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama), semua jayyid jiddan, satu mumtaz (Bahasa Arab, sebab aku memang minat betul belajar bahasa), dan aku cari-cari subjek berhantu yang dah menghantui hidup aku sejak darjah 4... dan aku dapat jayyid. Ok lah boleh tahan lah. Alhamdulillah.

(Nota: Aku memang tak belajar masa ni, selain kena paksa pergi tusyen dan cikgu tusyen pun struggle 'menjinakkan' aku yang 'liar' ni.)


Masuk sekolah menengah, kehidupan aku tak berapa stabil. Dari satu sekolah ke satu sekolah aku pindah. Sekolah rakyat, sekolah tahfiz, sekolah swasta, sekolah antarabangsa (international), jadi disebabkan ini, aku memang kurang menuntut ilmu sangat, aku just grab apa yang mampu saja lah.


Masa ni masih belum ada kesedaran untuk jadi pandai, tambah dengan keadaan yang aku rasa parents aku dah redha dapat anak macam aku. yang taknak belajar, yang cuma minat main bola, yang minat main game, yang minat semua benda kecuali belajar (dan pergi sekolah). Ini aku rasa cikgu-cikgu aku pun dah redha, tapi kalau aku tak datang sunyi kelas wei. (Ok jk.)

(Nota: Engkorang cebayang sendiri kalau dari tadika lagi cikgu aku dah panggil mak aku pergi sekolah sebab nak bagitau yang aku ni rude. Come on I was just 6 kot!)



Sampailah satu masa aku di Grade 10, barulah terjentik dalam kepala otak aku yang tahun ni nak ambil O level! (Walaupun aku boleh tahan fokus masa Grade 9) 

(Nota: boleh konsider grade 10 = form 5, grade 9 = form 4. Cuma mungkin berbeza sikit umur sebab selalu pindah sekolah buat aku main masuk je kelas mana-mana dan turns out lepas buat entrance exam, aku dapat offer untuk skip grades.)



Ok this is when the adrenaline rushes. Aku kena mula study! Bukan sebab aku nak berjaya, tapi sebab aku taknak gagal.

Biasalah bila orang sekeliling selalu tanya aku itu ini, pandang aku ni tinggi, wonder macam mana aku boleh score (walaupun score yang aku yakin cumalah score masa main basketball), aku tetap sedar diri, bahawa kehidupan dunia ni tak lain cumalah senda gurau semata.

Aku mula pulun jawab past papers pagi, petang, malam. Aku struggle cari jawapan bagi setiap masalah, dan cari masalah bagi setiap jawapan. Sehingga akhirnya hari terakhir aku jawab exam, yakni paper English Literature.

Terasa separa lega. Masa tu aku tahu aku dah messed up dekat few papers termasuk ICT, Math, Physics, Chemistry. Biology pun aku macam rasa takde harapan untuk berjaya.

Aku sedar yang selama ni aku banyak main, tak serius. Tapi sekarang aku dah tak boleh buat apa-apa. Semua paper dah settle, tinggal nak tunggu result. Di sinilah salah satu titik di mana aku mula sedar kena ada pergantungan pada Allah.

Aku mula bangun malam. Malam-malam aku dipenuhi luahan penyesalan dan tangisan cuak sebab aku sedar aku dah banyak buat salah. Tak memanfaatkan peluang.

Itu jadi antara momen-momen dalam hidup aku bila aku mula kembali kepada fitrah kejadian. Qiyamullail, baca Quran dan tak putus-putus doa.



Bulan by bulan, result exam pun keluar. Ini antara pengalaman paling berharga buat aku. Aku dah balik Malaysia at that moment. Kiranya just check result online. Berapa kali aku refresh website, aku try login dan sebagainya. Akhirnya tepat lepas solat zohor, aku lari balik rumah nenek aku (aku memang tinggal dengan nenek dan datuk aku di Malaysia).

Tak tunggu walau sesaat, aku check.

Menggigil tangan. Aku baca satu persatu.

(Nota: Nilai markah tak dikongsi di sini sebab sampai sekarang pun cuma parents dan kakak aku saja yang tahu.)


Alhamdulillah, aku lulus. Walaupun lulus yang bolehlaaaah.

Aku cuba letak sungguh-sungguh keyakinan pada Allah.




Kemudian aku give up, pertama kali dalam sejarah hidup aku, AKU GIVE UP!

Tapi aku tak salahkan sesiapa sebab aku tahu ini semua salah aku. Umi abah aku redha dengan keputusan exam aku. Aku dipindahkan lagi ke sebuah institusi.



Aku taknak pergi sekolah. Aku putus asa. Aku dapat tawaran ke beberapa buah IPT, aku masuk sekejap, aku keluar, aku buat apa semua serba tak kena.

(Disebabkan usia aku yang masih mentah-mentah sewaktu aku ambil O level, ini tak membuatkan aku menua dalam kepasrahan dan keputus-asaan.)


Akhirnya parents aku pujuk aku untuk balik. (Selepas beberapa bulan aku bawa diri ke negara asing disebabkan terlalu sedih.)

(Nota: Aku cuma bawa diri lebih kurang setengah tahun, bukannya bertahun-tahun.)

Aku balik, dan aku teruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Cikgu-cikgu terima kepulangan aku dengan tangan terbuka. Tapi aku tak masuk kelas pelajar-pelajar elit lagi. Aku dipindahkan ke kategori lain. Untuk pelajar-pelajar yang lebih suka main dan tak berapa suka belajar. Di sinilah aku disatukan semula dengan Evan (yang sememangnya dah berkawan dengan aku sejak 3 tahun sebelum tu), dan juga Sky (baru masuk tahun tu.)


Di situ jugalah permulaan kepada kehidupan baru aku. Aku bergiat lebih aktif. Aku baru sedar satu perkara.

Kunci utama untuk berjaya adalah doa. Aku mula baca doa setiap waktu permulaan kelas, setiap kali cikgu masuk untuk ajar. Aku mula doa in the middle of the class bila aku tak faham. (doa dalam hati waktu cikgu tengah mengajar, bukannya duduk tengah kelas dan berdoa.)

Aku lebih banyak participate dalam kelas.

Aku tukar dari duduk di belakang kepada duduk di depan.

Dalam proses inilah Evan dan Sky banyak mainkan peranan sebagai good influence. Aku bukan jenis suka berkawan, tapi aku sedar, kawan tu penting. Kena pandai pilih kawan. Pilih kawan yang bantu kita untuk berjaya, bukan yang nak berjaya sorang-sorang, bukan yang nak biar kita gagal.

Kawan yang bila kita tengok dia, kita rasa nak berjaya. Bila kita tengok dia, kita rasa tenang dan gembira. Bila kita tengok dia, kita tahu kita ni hidup atas muka bumi ada tujuannya.



Sampai tarikh satu lagi exam besar dalam hidup aku, untuk duduki peperiksaan Aptitude Scholastic Test (SAT).

Ini satu sudut dalam hidup aku, di mana aku mula sedar, aku bukanlah seorang yang memang gifted, cuma Allah izin, aku mampu serap sedikit sebanyak apa yang aku dengar kemudian tulis.


Aku mula buat notes.

Aku tulis atas kertas semua nota aku, aku taknak guna cara mudah, maksud yang aku tak faham aku rujuk guna kamus, bukan guna internet semata (kiranya guna jugaklah bila dah terdesak). aku banyakkan lagi jawab soalan. Set time. 



Aku banyak isolate diri aku. Grab things yang aku rasa perlu.


Sampailah akhirnya aku berada di mana aku ada sekarang. Tapi frankly speaking, aku memang takde specific way to study.

Kita hidup atas dunia ni berbeza-beza. Cara kita tak sama. Aku memang tak suka belajar, tapi aku belajar juga sebab dah tanggungjawab.

Macam nak tulis panjang lagi tapi kepala dah sakit gila sebab dah dekat tiga-empat hari tak cukup tidur, dan aku macam tak nampak lagi possibility untuk free.


Apa pun. Selamat membaca. Selamat take note lah dekat mana-mana yang di-bold, atau dibesarkan saiznya.


And remember one thing, don't make our fear of failing greater than our faith in Him.

Adios.
x.

Wednesday, 6 January 2016

Lee

sini
Yesterday was quite a day for me. Plus, recently (few days up to few weeks back) my friends been asking me why am I avoiding them, pushing them away. Worse, they asked if I actually want to cut off our friendship.

Of all friends, I have this one friend. We have been such a good mate ever since I was 13, or probably 14.

Lee by what I call him. Harif is how he mostly known as.

This is how we started being friends.

He used to call me by my first name. Which solely for formal purposes.

"Salam. (My first name), What is your problem actually?"

Well I was doing a little writing when he asked.

Personally, I am already so busy managing life. Problems here and there. (Note: I used to share everything with Lee, but recently I can't even tell myself to do stuff, let alone telling people about what am I up to.)

So in brief, I asked another close friend of mine.

Me: Am I actually pushing people away?
Friend: What do you think?
Me: I think I need an answer.
Friend: Go figure.

How helpful.

So this was what happened next.

I spent few minutes with Lee, updating him about what happened to me. From typical health problem to some kind of past event that I still hold back. Firm and tight.

"I don't know, I think (put that person's name) really gave a massive bad impact on my life."

It took awhile for Lee to reply.

Then he gave me such a long reply where in it, he said,

"Who cares about (put that person's name), the impact will make you bounce higher than before. We can make it from bad to good insyaAllah."


He made me ponder for the whole night, until today.

His point is clear. That person really did make a change in my life. A real big change. I can't deny, I began writing because I was despondent, I was heartbroken, I was tired, I was crestfallen, I was grief-stricken, I was about to give up surviving. I was about to commit suicide.

Lee was there, Lee supported me all the way long. Lee still is. Always here, being a supportive friend, a good brother and a very humble homie.


Seeing my life now, achieving what I've achieved, I know, the only thing we need to do is to embark the journey.


And to all my friends, I'm sorry for abandoning the friendship. I myself is having quite a hard time. Yet that doesn't mean I'm ditching the friendship.

I just need a space of my own.

Don't worry about getting a reply, insyaAllah I can still reply to your messages. It's just, I probably got no time to hang around, talk about some random stuff, yet if you need somebody to talk to, hit me up. I probably give a late response or something, but a reply still a reply, kan?


P/s: Pardon my grammar, I am in no mood of checking, let alone correcting.

Bila Hang Nak Bahagia?

sini

That terbakar-kecewa-sedih-patah hati-marah-cemburu-dan-sebagainya moment bila orang yang kita suka, suka orang lain.

Awat hang tak boleh tengok kebahagiaan orang lain?

Sometimes macam, ala bekpi depa nak kata apa.

Tapi ikutkan aku saja la, suka tengok reaksi orang dekat ruangan komen. Especially bila kawan aku ni jenis femes dan ramai peminat. Aku perasan ada beberapa jenis manusia dalam dunia.



1. The happy-for-you type

Ini jenis yang bila nampak kegembiraan orang lain, dia akan turut gembira. Especially sekarang ni kita cakap pasal kahwin.

Akan ada lah komen-komen bawah gambar atau status dengan komen macam ni.

"Alhamdulillah saya tumpang gembira untuk anda dan isteri anda."

"MashaAllah tepat sekali pilihan anda. Dialah yang terbaik, saya sangat gembira anda dah jumpa pasangan hidup mati hidup semula anda."

"Ya tohaaaan suwiiiit!!!"

"Wow! Wow! Wow!"



Jenis kedua pulak,

2. The commenting-on-everything type

Ini bila kita upload gambar kahwin, dekat ruangan komen tu kita boleh dapat la baca komen-komen berunsur...

"Awat isteri hang hodoh? Ew aku lagi lawa."

"Macam murah ja pelamin hang apa semua."

"Euw wat iz dat u wearing?"

"Buat kat mana ni? Tak hire photographer ke?"

"Gemok doe swami angg!"

What. on. earth. is. SWAMI?"


Dan bila kita tak upload gambar kahwin.

"Wei wei wei hang baik tak payah umum dah kahwin kalau taknak tunjuk."

"Dah agak dah ni mesti jet jet islamik taknak tayang isteri tapi kecoh nak heboh pasal dia punya sweet marriage."

"Malu la tu nak tunjuk sebab guna duit mak bapak lagi buat majlis."



Yang ketiga,

3. The religious-and-move-on type

"Alhamdulillah, kahwin awal. Moga-moga barakahnya ada. Seperti hadis Rasulullah (letak hadis yang taktahu sahih atau tidak tapi harapnya sahih). Semoga kekal sampai Jannah!

"Inilah pilihan yang kita idamkan, inilah cara nikah mengikut sunnah yang sepatutnya kita lakukan. Tabik!!!"

"Alhamdulillah hang dah kahwin. Aku seronok tengok hang, dah bina masjid. Hidup dalam keberkahan. Takpaaa ada lagi abam femes luar sana yang bujang. Jangan sedih girlsss, heads up! Kita move on kat abam femes sana pulak."



Dan yang terakhir,

4. The-in-denial type

Jenis ni yang aku tak berapa paham dan paling tak paham. Especially bila dia comment siap mention seluruh kaum kerabat housemate roommate classmate coursemate.

"WEEEEHHHHH SUAMI AKU KAHWIN DENGAN ORANG LAIN!"

Tak pun jenis lain sikit...

"Takpa bang, kuota ada lagi tiga kosong. Sudilah kiranya untuk spare satu ruang untuk saya? Hihihihi."

Adehh.



Apa pun, sebelum aku dapat sebijik statement ni...

"Hang cakap senang laaa! Emma Watson belum kahwin."

Baik aku diam. Hahahaha.



Anyway, come on. Sometimes we need to be realistic, sometimes we don't.

And frankly speaking, I'm a writer, don't take my words personally. I write stories, based on what I see or what I feel. That doesn't mean everything I write is about my life, let alone, myself.

Come on?

Tuesday, 5 January 2016

Untuk Raudah

sini


Amaran: Post ini mempunyai unsur geli-geli serta mual dan loya. Jadi, sila sediakan baldi dan lapangkan dada. Kalau nak selamat, jangan baca.



Kisah ni berlaku pagi tadi, selepas Talhah selesai bersarapan pagi di luar. Sengaja Talhah tinggalkan telefon bimbitnya di rumah kerana sedang di cas.

Okey. Kita awalkan sikit. Kisah ni bermula pada awal pagi waktu Talhah baru bangun dari tidur.

Untuk pengetahuan umum, baru nak masuk 6 bulan (atau 5 bulan?) Talhah melafaz akad menikahi Raudah. Pun begitu, mereka tidak tinggal sebumbung. Raudah harus meneruskan kehidupannya di Malaysia, manakala rezeki Talhah lebih terbuka di negara seberang laut. Allah lebih tahu apa yang terbaik, dan mereka juga sudah bulat hati untuk redha dengan ketetapan takdir berkhidmat sebagai doktor di dua negara berbeza, dua cabaran berbeza, satu tanggungjawab sama.


Talhah ni jenis suka silent phone, dan kalau tidur tu memang tidur mati. Alhamdulillah Raudah ni seorang yang penyabar lagi memahami, mungkin perbezaan umur buatkan Raudah lebih matang dalam mengurus rumah tangga. Nak mengharapkan Talhah memang tak tahulah bila, but come on, Talhah ni seorang yang bertanggungjawab juga ok!

Semalam Talhah ambil cuti, kena jumpa internal med sebab result blood test haritu, anti-Tg terlebih tinggi. So refer dekat specialist to assure tak cancerous whatsoever why am I even describing this. Dan selepas beberapa urusan dan tidur lepas balik dari hospital lepas checkup and dapat result, which is benign, so safe. Tak perlu further treatment. Tunggu lagi tiga bulan untuk next full checkup.



Talhah dah janji taknak buat silent, so dia buat volume paling kuat. Turns out Raudah cuti harini, ada urusan peribadi.

So rutin pagi Raudah, call Talhah berbelas kali sampai Talhah bangun. (Weh sumpah cerita ni cheesy so boleh kot nak close tab sekarang.)

Tapi pagi ni, sekali call je dah bangun. Buat urusan apa semua. Raudah mesej, mengadu pening-pening, ada oral ulcer dan fatigue.

Talhah bukannya tak peduli tapi dia dah suruh isteri kesayangan dia ni pergi buat check up. Tambah sebab Raudah demam, dan dia jauh. Jadi takde benda sangat yang boleh dibantu.


(Nota: Disebabkan sikap kurang matang Talhah ni lah, memang perkahwinan mereka bukannya sweet like marshmallow and cotton candy macam yang orang selalu hebah-hebahkan. Indah dan manis. Tapi hampir setiap bulan gaduh, tambah waktu-waktu di mana emosi Raudah kurang stabil dan Talhah pula dihimpit dengan keletihan dan sebagainya.)


Tengah hari di Malaysia, pagi di negara tempat Talhah tinggal. Talhah keluar pergi sarapan, dan tinggalkan phone di rumah. Charging. Powerbank pun dah nak habis battery. Turun makan dekat kedai bawah je kot!

Bila balik tu, tengok ada dalam tujuh lapan mesej dari Raudah.


(Nota lagi: Raudah ni bukan jenis suka mesej-mesej sangat kalau orang tak reply.)


So Talhah baca la mesej.


Raudah (Wife): Talhah
Raudah (Wife): I rasa I ada jangkitan kuman.
Raudah (Wife): Shivering
Raudah (Wife): (Emoji nangis air mata dua-dua belah)
Raudah (Wife): Talhah..
Raudah (Wife): Kenapa suka tido?
Raudah (Wife): Suka takde waktu saya perlukan awak.
Raudah (Wife): (Emoji air mata sebelah)


Macam biasa muka Talhah masa baca tu macam...

Aduh pergi breakfast je pun. Mengada la dia ni. Demam sikit je pun. Dia ni pun doktor juga, bukan aku sorang. Dah suruh pergi checkup and makan ubat dah tadi.

(Nota: Sori awak, jangan ambil hati.)


Talhah pun fikir la dua tiga kali nak balas apa.


Talhah: I pergi breakfast la.
Talhah: Haih.

Raudah (Wife): Sakit
Raudah (Wife): (Emoji air mata dua-dua belah)

Talhah: Sedih jugalah bila Raudah selalu kata I selalu takde bila Raudah perlukan.
Talhah: But I tried though.
Talhah: Pergilah buat checkup.

Raudah: Ok..
Raudah: I  need you


Dan conversation suami isteri pun diteruskan. kahkah whatever.

Tapi Talhah yang irritated dengan sikap manja isterinya ni pun tarik nafas dalam-dalam. Fikir macam mana caranya nak bantu.

Iyalah mereka ni dah selalu gaduh, dan biasanya disebabkan ego Talhah yang tinggi melangit. Walaupun orang selalu kata,

"Untunglah akak dapat kahwin dengan Talhah. Dia tu hebat tu."

"Jeles saya tengok akak dengan Talhah."

"Talhah pilih akak, dia nampak sweet je. Tulisan dia pun best. Untunglah akak."

Dan banyak lagi pujian yang Raudah dapat. Tapi hakikatnya, Allah saja yang tahu betapa Raudah memerlukan kesabaran dan kematangan dalam mengurus hal rumah tangga. Bukan memburukkan Talhah, tapi banyak kelemahan Talhah dalam melayar bahtera rumah tangga yang orang canang-canang, gonna be easy and fun. Kahwin awal boleh elak maksiat dan sebagainya. Tapi sejujurnya everything is not the way it seems. Trust me. As a youth, we should focus more on preparing. Marriage is not our goal, our goal is to get Allah's mercy.


Lepas lama Talhah bertafakur tengok skrin laptopnya, tengok balik tweets dan sebagainya. Baca balik buku yang ditulisnya, baca buku milik isterinya, baca buku #Chenta tulisan Angel Pakai Gucci. Talhah rasa dah sampai masanya untuk dia bersikap lebih matang dalam mengurus perasaan.

Dalam apa jua sekalipun, lelaki dan perempuan takkan pernah sama. Selama 6 bulan Raudah bersabar, walaupun 6 bulan bukanlah tempoh yang lama, tapi 6 bulan itu sudah cukup dengan pelbagai rencah pahit manis, tawa air mata yang dilalui bersama. Dan mungkin 60 tahun mendatang mereka masih lagi bersama. Jika bukan di dunia, tak mampu rasanya untuk Talhah berpisah dengan Raudah. Biar Raudah menjadi bidadarinya di dunia, dan juga bidadarinya di syurga.


Akhirnya Talhah rasa, cara terbaik adalah dengan menggunakan kelembutan. Teringat permintaan Raudah tempoh hari selepas mereka bergaduh bertengkar dan berbaik semula.

"Awak, maafkan semua salah silap saya pada awak. Awak, saya ni tak sempurna dan banyak kelemahan. Harap awak boleh bersabar dengan saya. Harap awak boleh didik saya untuk jadi isteri solehah."

Walaupun jawapan Talhah cumalah "Hm yelah ok."


Perjalanan perkahwinan bukanlah perjalanan yang ditabur bunga. Bukan jalan yang sentiasa dihiasi haruman dan keindahan. Tapi jalan penuh duri, jalan sempit dan gelap, namun ditemani seorang yang istimewa di sisi.


Talhah check telefon bimbit, ada satu mesej dari Raudah.

Raudah (Wife): Raudah nak tidur kejap, tak larat. Sakit kepala sangat.

Talhah faham, dia memang selalu marah kalau mesejnya tak berbalas.

Lalu dia pilih untuk hantar satu mesej yang jarang-jarang dihantar.

Talhah: Ok sayang. Rehatlah dulu. Have a good rest.

Dan selepas beberapa minit, dia hantar lagi satu mesej.

Talhah: Raudah, I minta maaf. I minta maaf I selalu gagal untuk menjadi suami yang terbaik. I'm so sorry for making same mistakes over and over again. Wish to see you soon. Imy sayang.


Sekian.

Harap takde yang muntah. Hahahaha!

So adik-adik, abang dan kakak. Saya bukanlah sesiapa yang layak bercakap tentang pernikahan. Kerana siapalah saya untuk menghalang pernikahan awal. Tapi kena jelas, kahwin ni bukan for fun. Bukan untuk sehari dua, bukan juga sebulan dua atau setahun dua. Kahwin ni biar selamanya. Kahwinlah kerana nak dapat redha Allah, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk dan cuba untuk menjadi contoh. Bukan juga kerana nak 'bebas maksiat' saja. Sebab kalau itu matlamat kita, kita akan bosan.


Dan untuk Raudah, cepat sihat ok? Bangun nanti bacalah entri ni saya tulis untuk awak.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...