Matonism

Matonism

Tuesday, 26 January 2016

Yang Melihat Dan Yang Merasa

sini

Ini gaya orang tengah study untuk final exam.

Ok main je.

Side by side dengan study, aku jeling-jeling laptop dekat sebelah. Harini dari pukul 4 pagi tadi sampai 7 petang tak bertegur langsung dengan Raudah. Balik rumah dalam pukul 7 petang, Raudhah takde, ada usrah. Dia balik rumah lewat dalam pukul 10 malam.

Fitrahnya bila orang selalu kata, jangan kahwin dengan lelaki yang tak hidup dalam jemaah, sebab biasanya ramai akhawat yang 'hilang' lepas kahwin, aku taknak halang dia. Aku berkongsi Raudah dengan masyarakat dan agama. Pagi dia doktor, malam dia dengan usrahnya. Aku pun layan perasaan sorang-sorang. Selitkan masa sebagai pelajar dan juga bakal neurosurgeon, dan sebagai penulis separuh masa, dan juga gamer sepenuh masa.


Jeling sekilas pada jasad si isteri yang dah dibuai lena. Aku tengok jam, pukul 2 pagi. Sejak pagi kami tak bertegur (disebabkan kesibukan aku yang terlalu melampau), masa dia tengah usrah aku hantar satu mesej penuh cinta sampai dia terasa kot. Dia bagi setepek ayat dekat aku, lembut tapi pedas. Bila dia balik tadi aku layan nak taknak je. Pandang taknak, sembang taknak. Dia share pengisian dalam usrah tadi pun aku buat pekak. Merajuk kononnya.

Akhirnya dia pilih untuk tidur jelah.

Masih sukar dan samar-samar lagi di mana 'indah'nya nikah muda. Mungkin beza usia kami yang agak jauh buatkan selalu berselisih faham. Hampir setiap hari ada je benda yang tak kena. Tapi disebabkan mungkin harini aku malas nak gaduh, dan dia pun dah penat seharian busy, dia pilih katil dari aku. (Memang selalunya katil menang pun.)



Teringat satu perbualan aku dengan dia tempoh hari.

"Kenapa ramai sangat yang minat dengan awak?" Mencebik Raudah skrol twitter dan askfm aku. Aku pandang dia.

"Sebab saya penyayang, come on?"

Julingkan mata ke atas. Raudah masih tak puas hati. "Celah mana yang penyayang?"

Aku teruskan main game. Biar dia bebel sorang-sorang.

Tak sedar dah berapa banyak dia bersyarah, "Kalau dah dapat game tu tak ingat dah nak hidup."

Aku toleh ke arah dia semula. "Apa?" Sambil jari aku tekan butang pause.

"Hm takde apa lah." Raudah terus pergi, aku sambung main game. Peduli pulak aku dia nak merajuk.

Tak lama lepas tu dia datang balik. "Dah habis merajuk?" Tak menoleh, aku tanya.

"Dah." Sepatah jawapan Raudah, sambil letakkan segelas air sebelah aku.

"Orang ingat senang agaknya nak jadi isteri kepada Encik Talhah ni." Aku sengih dengar statement Raudah.

"Padahal nak jadi isteri si Talhah ni perlukan kesabaran 10 wanita dalam dunia."

"10 je?" Aku masih sengih.

Tak pasal-pasal hinggap satu cubitan dekat lengan. Raudah sambung bebel. Aku dah memang lost dalam game. Tak kisahlah dia cakap apa pun, lain kali boleh dengar lagi. Dia ni bukannya boleh berhenti bercakap.



///

Bila difikirkan balik kata-kata Raudah, aku jadi terfikir dalam-dalam punya.

Ramai yang kata dah bersedia nak kahwin, sedangkan alam perkahwinan bukanlah alam novel-novel cinta di mana si lelaki ni sweet macam gula-gula kapas. Si lelaki ni boleh jadi diluarnya nampak berkarisma dan good looking. Nampak reti bawa diri, reti berdikari.

Hakikatnya, kemas katil pun malas. Nak mandi pun kena suruh dua puluh, tiga puluh kali baru gerak. Kalau tak hadap jela depan game tu. Seluar untuk pergi kerja esok pun takde lagi, semua tak basuh lagi. Keras kepala, tak boleh toleransi, rasa diri je betul.

Kadang apa yang kita rasa dah sedia tu sebenarnya jauh dari sangkaan kita.

Perkahwinan ni bukan sesuatu yang indah dan penuh gula saja. Ada masa cili, ada masa tomato. Ada masa sayur, ada masa buah. Ada masa garam, ada masa ammonia.

Tapi selagi mana kita benar-benar yakin dengan janji Allah, insyaAllah kita mampu harungi let it be hell or high water.

Tak perlu nak relationship goal sangat nak travel satu dunia, nak makan mewah-mewah, nak pakai pakaian harga ribu-ribu tapi pakai sekali je sebab taknak nanti malu kawan nampak kita pakai baju sama lagi.

Perkahwinan ni bukanlah something yang easy. Dengan egonya lagi, dengan keras kepalanya lagi.

Benarlah, yang melihat kita as outsiders takkan sama rasanya dengan yang memilih untuk berkongsi hidup dengan kita. Orang mungkin sanjung kehebatan dan kepetahan kita, tapi cuma dia saja yang rasa betapa peritnya membina sabar melayar bahtera ini dengan kita.

Raudah, semoga tabah ya?

Salam tak berapa sayang dari suami kacakmu,
Talhah.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...