Matonism

Matonism

Wednesday, 30 November 2016

Tanggungjawab

tumblr


Dah sampai rasanya kita berbicara tentang sesuatu yang lebih besar. Untuk yang kenal aku, yang kenal aku dari aku masih belajar, aku graduate dan kini aku bekerja.

Rasanya masih ada yang setia mengikut kisah hidup aku menjadi dewasa. Serba sedikit, secara tak langsung, ada yang dah kenal dan perasan perubahan serta kematangan kedewasaan aku.

Apa pun teman-teman. Ada perkara yang aku nak sampaikan.

Percayalah, walau kau taknak percaya, tetaplah percaya. Dalam dunia ni, ada jutaan pasangan ibu bapa malah mungkin lebih lagi. Tapi yang benar-benar ibu bapa kita sepasang cuma.

Dan sehebat mana kau cuba menafi, sesungguh mana kau cuba melawan takdir ini, kau tak akan pernah mampu. Sama sekali tidak.


Ibu bapa itulah yang dah bersusah payah membesarkan kita. Ibu bapa itulah yang telah bersengkang mata memastikan tidur kita lena. Ibu bapa itulah yang sedikit sekali kita tulus mendoakan mereka. Ibu bapa itulah yang gugur airmata dan peluhnya memastikan kecukupan kita. Dan ibu bapa itulah yang kita sering lupa kewujudan mereka.


Namun ibu bapa itulah yang tak pernah berkira untuk mendoakan, membelanjakan ratus ribu malah mungkin juta duit mereka buat kita. Asalkan tempat tidur kita selesa, asalkan perut kita tak tanggung lapar dahaga, asalkan wajah kita terhias senyum dan tawa. Lalu sedaya upaya mereka menyorokkan letih, jerih dan perih mereka agar kita tak terkena tempias gusar mereka.



///


Tahun satu Irsyad tidaklah seperti tahun satu teman-temannya yang lain. Ketika mana hampir semua teman-teman rapatnya ketika di sekolah satu masa dahulu berjaya mendapat tempat di universiti idaman mereka semua, dalam satu jurusan yang sama - aerospace engineering - yang sesungguhnya menjadi cita-cita Irsyad yang dah lama dipendam, Irsyad pula ke satu lagi universiti berprestij tinggi, dalam jurusan yang sedikit pun tidak diminatinya - perubatan.

Dulu mereka pernah berjanji untuk sama-sama ambil aerospace enginnering, malah Irsyad sendiri dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Tawaran daripada tiga universiti gergasi di tempatnya dan juga di Russia terpaksa ditolaknya kerana memenuhi permintaan dan harapan kedua ibu bapa.

Dua bulan pertama bukan mudah untuk Irsyad. Asal masuk kelas je dia zoned out. Keluar kelas tak faham apa-apa. Ujian pertama pun cukup-cukup makan saja dapat 60%, bukan yang tertinggi dan mujur saja bukan yang paling rendah.

Buat apa semua serba tak kena. Dia pelajar paling muda dalam kelas, jadi lebih kurang macam tak ada kawan saja. Pagi pergi kelas. Ada gap, dia lepak dengan teman rapatnya Qiden. Then masuk kelas semula, zoned out semula. Habis kelas, balik, tidur.

Permintaan ibu ayah bukan percuma. Irsyad seakan dibayar untuk ke sana. Ayah belikan telefon paling baru di pasaran, dengan jenama paling terkenal dengan overpriced yang tak tentu pasal. Ayah juga berjanji untuk belikan Irsyad sebuah kereta, minta saja kereta apa. Tapi dia perlu dapatkan lesen terlebih dahulu. Namun sesungguhnya Irsyad adalah makhluk paling malas dalam dunia.


Sebulan dia habiskan satu hingga dua ribu dirham hanya untuk berfoya-foya. Malah kadang-kadang lebih daripada itu.

Dan setiap bulan juga ayah masukkan duit ribu-ribu untuknya agar dia tak kelaparan, dan mudah untuk fokus dalam pelajaran.

Setahun pertama juga, Irsyad tak dibenarkan pulang walaupun rindunya pada rumah dan keselesaan membuak-buak.

Setakat duit masuk tu dia dah tak rasa apa-apa. Malahan semua teman-temannya tahu bapa Irsyad bukan orang biasa-biasa. Berduit juga bukan jenis biasa-biasa. Kalau keluar dan shopping tu memang confirm ada yang akan berseloroh "Rich people problem be like..." setiap kali Irsyad ingin membuat bayaran atau apa-apa.

Sampai satu malam, Irsyad tengah syok lepak shisha dengan kawan-kawan.

"Daddy dah masukkan duit tadi."

Dia dapat mesej daripada ibu.

"Oh okay ibu. Terima kasih." Dan dia matikan telefon. Dia taknak kecewakan ibu bapanya andai saja mereka tahu satu-satunya anak lelaki mereka di sini kerja menghabiskan setiap sen duit mereka untuk have fun and chill around semata-mata.

Tinggal lagi 22 hari sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Masih banyak yang Irsyad tak faham dan perlu belajar.

Dia check balance money dalam account.

AED 27, 550.30

Dengan satu nota ringkas, belajar elok-elok.

Terlepas paip shisha dari pegangannya. Biasanya ayah masukkan lima ribu sebulan, kali ini dia masukkan tujuh ribu.

Dia masih senyap. Entah macam mana tangannya godek-godek website tersebut. Dan terjumpa history sepanjang dia menggunakan account bank tersebut.

Minggu ini saja dia dah keluarkan hampir tiga ribu ringgit. Dilihat terus kebawah, kalau saja dia tak habiskan duit pada perkara sia-sia, tentu saja dalam simpanannya sudah mencecah 300 ribu ringgit sekarang.

Sangkanya dia menghabiskan duit ibu bapanya sebagai tanda protes kerana dipaksa belajar dalam bidang perubatan. Tak difikirkannya susah payah yuran 100 ribu setahun yang ditanggung bapanya bukan nilai kecil. Dan sudah tentu mereka berharapkan sesuatu yang Irsyad mampu.

Teguran kecil dari tuhan, sesungguhnya kesedaran itu bukan milik manusia. Maka bersyukurlah ketika dipinjamkan kesedaran.


Dia ambil telefon bimbit, dan hantar satu mesej pada ayah.

"Thanks daddy."

///


Cambiasa aku tulis sebab aku nak. Kalau taknak baca takpe sebab aku tak paksa. matmalam.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...